Utusan Borneo (Sarawak)

Kane akui perlukan masa kembali ke prestasi terbaik Spurs kembali jarakkan kedudukan di hadapan Chelsea selepas menewaskan Watford 2-0 di Wembley Isnin lepas

-

LONDON, England: Harry Kane mengakui ia akan mengambil masa untuk mengembali­kan prestasi terbaik selepas kecederaan buku lali tetapi percaya beliau masih mempunyai banyak masa untuk pulih menjelang kempen England di Piala Dunia 2018.

Kane menjaringk­an gol ke-38 beliau musim ini ketika Tottenham Hotspur semakin mengesa- hkan kelayakan ke Liga Juara-Juara untuk musim ketiga berturut-turut dengan kembali menjarakka­n kedudukan di hadapan Chelsea dengan lima mata ekoran kemenangan 2- 0 ke atas Watford dalam aksi Liga Perdana Inggeris Isnin lepas. T e t a p i K a n e s e k a l i l a g i t i d -

Sudah tentu saya mahu bermain lebih baik dalam beberapa perlawanan yang lalu tetapi saya fikir keseluruha­n pasukan dapat merasainya. Harry Kane Penyerang Spurs

a k di tahap terbaik beliau dan percaya beliau boleh menj a r i n g k a n lebih banyak gol ketika dalam masa yang sama p r e s t a s i pasukannya juga hambar sejak beberapa m i n g g u yang lalu. “Sudah tentu saya mahu bermain lebih baik dalam beberapa perlawanan yang lalu tetapi saya fikir keseluruha­n pasukan dapat merasainya,” kata Kane.

“Saya berasa bagus, berbisa dan mungkin boleh menjaringk­an beberapa gol sebenarnya.

“Saya tidak sabar untuk tiga perlawanan terakhir dan berharap boleh menamatkan musim seperti musim lepas untuk keyakinan di Piala Dunia nanti.”

Kane tidak beraksi selama tiga minggu selepas mengalami kecederaan buku lali ketika menentang Bournemout­h bulan lepas.

Watford, tewas kali ke11 dari 12 perlawanan di tempat lawan, menyebabka­n mereka masih memerlukan satu mata untuk kekal selamat.

Tetapi mereka harus menyalahka­n diri mereka sendiri kerana terlepas beberapa peluang selepas menyaingi rentak permainan Spurs.

Permulaan meyakinkan Watford bagaimanap­un berkecai apabila Orestis

K a r - n e s i z g a g a l menangani satu hantaran lintang membolehka­n Christian Eriksen mengumpan bola kepada Delle Alli untuk membuka jaringan pada minit ke-16.

Watford mempunyai ban- yak peluang untuk mengikat kedudukan tetapi penjaga gol Hugo Lloris menepis cubaan dari Andre Grey, Abdoulaye Doucoure dan Jose Holebas.

“Bagi kami, apa yang penting ialah menang. Sudah tentu ia bukan aksi terbaik pasukan tetapi Lloris beraksi cemerlang dan menunjukka­n kenapa beliau adalah salah seorang penjaga gol terbaik dunia,” kata pengurus Spurs, Mauricio Pochettino.

Kemenangan buat Spurs adalah yang pertama dari empat perlawanan dalam semua pertanding­an selepas dikecewaka­n di separuh akhir Piala FA oleh Manchester United minggu lepas.

Kekalahan menyebabka­n Pochettino terus kemarau trofi kejuaraan di Spurs selepas empat tahun menjadi pengurus. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SUKAR DIKAWAL: Kane (kanan) melepasi kawalanpem­ain Watford, Adrian Mariappa ketika bersaing pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Wembley, London pada Isnin lepas.
— Gambar Reuters SUKAR DIKAWAL: Kane (kanan) melepasi kawalanpem­ain Watford, Adrian Mariappa ketika bersaing pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Wembley, London pada Isnin lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia