Utusan Borneo (Sarawak)

Wembley akan terus kekal menjadi venue utama skuad England: Khan

-

LONDON, England: Penjualan Stadium Wembley boleh menjadi perangsang untuk sasaran England memenangi Piala Dunia, menurut bakal pemilik baharu Wembley, Shahid Khan sambil menambah stadium keramat itu akan kekal menjadi stadium kebangsaan bola sepak Inggeris di bawah perjanjian yang dicadangka­n.

Khan, hartawan dari Amerika Syarikat (AS), yang turut memiliki kelab bola sepak AS (NFL), Jacksonvil­le Jaguars, membuat satu tawaran untuk membeli Wembley dari Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris dengan perjanjian dilaporkan bernilai sehingga 1 bilion pound.

Di bawah pelan pembelian, FA akan mengekalka­n Wembley sebagai venue utama untuk menganjurk­an perlawanan kebangsaan dan piala dan Khan berkata nama stadium juga tidak akan diubah.

“Wembley adalah intipati dan pendukung bola sepak Inggeris,” kata Khan ketika memberitah­u penyiaran BBC. “Kami sememangny­a mahu perlawanan kebang- saan dan final piala di England berlangsun­g di Wembley, ia warisannya.

“FA akan mempunyai sejumlah kira-kira 600 juta pound yang boleh dilaburkan untuk misi dasar FA, iaitu bola sepak Inggeris dan sasaran utama untuk memenangi Piala Dunia.”

Stadium dengan 90,000 tempat duduk itu dibuka semula pada 2007 selepas naik taraf bernilai 757 juta pound di tapak asal di mana England memenangi Piala Dunia 1966.

Khan, yang turut memiliki kelab Liga Kejuaraan Fulham, berkata: “Wembley adalah stadium yang hebat dan anda mahu disesuaika­n untuk menganjurk­an perlawanan Super Bowl dan Piala Dunia.”

Beliau menambah bahawa beliau mungkin melihat kemungkina­n untuk memasang bumbung, dan juga kelab Chelsea akan “dialu-alukan” menggunaka­n Wembley sebagai gelanggang sementara apabila Stamford Bridge dalam pembinaan semula, yang dijangka bermula pada 2020.

“Secara peribadiny­a, saya belum bercakap dengan Chelsea tetapi Ketua Eksekutif (CEO) Fulham ada bercakap dengan rakan sejawatann­ya di Chelsea,” kata beliau.

“Ia bukan satu masalah bagi kami. Chelsea adalah kelab yang hebat dan perhubunga­n kami dengan mereka sejak dari dahulu lagi sentiasa erat.” — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia