Utusan Borneo (Sarawak)

Serian FA wakil Sarawak pada Kejohanan LiSUS Kebangsaan

-

KUCHING: Serian FA akan mewakili Sarawak pada Kejohanan Liga Sukan Untuk Semua ( LiSUS) Peringkat Kebangsaan dijadualka­n berlangsun­g selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri di Putrajaya.

Ini berikutan skuad itu melakarkan sejarah tersendiri dengan muncul juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah LiSUS Peringkat Negeri Sarawak di Padang IKBN, Miri pada 28 dan 29 April lalu.

Selaku juara, Serian FA menggondol hadiah wang tunai berjumlah RM2,000, trofi dan pingat. Manakala tempat ketiga bersama dirangkul pasukan Kuching dan Kapit.

Serian FA dibimbing oleh bekas pemain Sarawak, Zamri Morshidi dan dibantu Fresher Isau Jonathan.

Manakala Presiden Persatuan Bola Sepak Serian, Phillip Jabu bertindak selaku pengurus pasukan.

“Tahniah dan syabas kepada semua pemain Serian FA kerana berjaya menjadikan impian kita muncul juara kejohanan ini satu kenyataan.

“Pemain- pemain telah memberi komitmen begitu jitu sepanjang dua hari karnival tersebut dan saya amat berbangga dengan prestasi mereka,” kata Phillip di sini semalam.

Menurutnya, apa membanggak­an beliau adalah semangat berpasukan ditunjukka­n semua pemain walaupun mereka hanya menyenarai­kan seramai 10 pemain dan seorang pemain simpanan sepanjang kejohanan tersebut.

Di sebalik serba kekurangan, Phillip berkata Serian FA masih mampu mencabar dan menewaskan Kuching pada aksi separuh akhir.

“Kita tahu Kuching pasukan sukar ditewaskan namun pemain- pemain berjaya mengekang lawan dengan baik sehingga membawa kepada penentuan sepakan penalti akhirnya dimenangi kita dengan 43,” katanya.

Untuk saingan peringkat kebangsaan, Phillip men- jelaskan pihaknya akan membuat persiapan lebih mantap dalam misi melakar- kan kejutan lebih besar.

Beliau percaya boleh dicapai jika semua pemain mengekalka­n momentum sama pada kejohanan di Miri.

 ??  ?? WAKIL SARAWAK: Phillip (empat kanan) meraikan kejayaan Serian FA bersama jurulatih dan pemain-pemain skuadnya setelah mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan.
WAKIL SARAWAK: Phillip (empat kanan) meraikan kejayaan Serian FA bersama jurulatih dan pemain-pemain skuadnya setelah mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia