Utusan Borneo (Sarawak)

Tiket pra-jualan Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia

-

KUCHING: Tiket prajualan untuk Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) ke-21 boleh didapati bermula 30 April.

Harga tiket dewasa dijual RM131.20 untuk pas satu hari dan RM343.20 untuk pas tiga hari manakala kanak-kanak berumur antara tujuh dan 12 tahun masing-masing dijual pada harga RM67.60 dan RM152.60.

Pakej satu hari untuk keluarga akan dijual pada harga RM270.40

Tiket dan kemas kini mengenai festival boleh didapati dalam talian atau dari ejen tiket yang disenaraik­an di www.rwmf.net.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB), Mary Wan Mering berkata, jualan tiket awal telah hit tetapi hanya berakhir kelmarin.

Beliau menasihati orang ramai untuk mengambil peluang daripada harga tiket pra jualan yang juga ditawarkan pada harga diskaun.

“STB yakin bahawa festival tahun ini kan menjadi yang terbaik dengan pemuzik kelas dunia yang eksotik dengan rakan-rakan mereka yang mewakili semua benua dunia,” katanya.

Selain bengkel muzik dan persembaha­n pentas, program kesihatan seperti yoga, meditasi, tai chi serta kegemaran moden seperti Zumba dan Bodyjam akan dipaparkan tahun ini.

RWMF dianjurkan oleh STB dan disokong oleh Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak dan disahkan oleh Tourism Malaysia.

Festival itu akan diadakan di Kampung Budaya Sarawak mulai 13 hingga 15 Julai 2018.

Festival itu telah dianugerah­kan 25 festival terbaik di dunia oleh Roots Magazine selama lima tahun berturut-turut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia