Utusan Borneo (Sarawak)

Legoland Malaysia anjur ‘Lego Star Wars Speed Build Challenge’ terbesar di Asia

-

ISKANDAR PUTERI: Legoland Malaysia Resort kini sedang menganjurk­an ‘Lego Star Wars Days’ di ‘LEGO Star Wars Speed Build Challenge’ yang terbesar di Asia buat kali ke-4 dengan pelbagai aktiviti bertemakan Star Wars sehingga 13 Mei ini.

Legoland Malaysia Resort dalam satu kenyataan berkata, cabaran pantas membina itu adalah demonstras­i sebenar terhadap komitmen teguh resort tersebut dalam membina hubungan keluarga yang berkualiti bersama.

Ketua Pemasaran, Legoland Malaysia Resort, Daphne Tan berkata mereka menerima sambutan menggalakk­an daripada masyarakat dan berhasrat menjadikan acara tersebut lebih baik dan meriah untuk tahun akan datang.

“Kami juga akan memberi baucar bernilai RM10 kepada keluarga yang menyertai cabaran pantas membina untuk pembelian produk LEGO Star Wars,” katanya.

Keluarga yang terdiri daripada dua hingga empat orang ahli boleh menyertai cabaran tersebut dan mendapat peluang untuk memenangi produk LEGO Star Wars setiap Jumaat dan Sabtu.

Pembina yang terpantas akan memenangi set ‘LEGO Star Wars 75192 Millenium Falcon’ bernilai RM3,499 yang ditandatan­gani oleh pereka asal, Hans Burkhard Schlomer. Pemenang akan diumumkan Mei ini.

Tambahan kepada cabaran pantas membina, Legoland Malaysia Resort juga turut mengadakan ‘Imperial March’ terbesar di rantau ini dengan kira- kira 100 peminat dengan kostum watak berarak di resort di Iskandar Puteri, Johor, Malaysia.

Sementara itu, pemenang pertama cabaran pantas membina, Lim Jun Jie berkata sebagai ibu bapa, aktivitiak­tiviti yang dijalankan membantu kanak-kanak untuk belajar dan bekerja sebagai satu kumpulan.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.legoland. com.my. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia