Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan ‘NSync ‘bersatu kembali’ untuk bintang

-

JERITAN peminat menyambut bekas ‘boy band’ ‘NSync, sama seperti apa yang berlaku pada abad yang lalu, ketika kumpulan yang membantu melonjakka­n nama Justin Timberlake sehingga menjadi seorang bintang pop terkemuka diberi penghormat­an dengan bintang mereka sendiri di Walk of Fame Hollywood pada Isnin lepas.

Justin Timberlake bersatu semula dengan Lance Bass, JC Chasez, Joey Fatone dan Chris Kirkpatric­k di Boulevard Hollywood untuk memperkena­lkan terazo lambang dan bintang yang menjadi salah satu tarikan pelancong utama di bandar raya itu.

“Kami benar-benar sebuah keluarga,” kata Justin, 37, berucap di khalayak.

“Saya tidak rasa saya boleh meluahkann­ya dengan kata-kata betapa pentingnya anda berempat kepada saya. .... Saya begitu sayangkan anda semua,” tambahnya.

Salah satu kumpulan paling berjaya era pop remaja yang turut melancarka­n kerjaya Britney Spears dan Christina Aguilera, ‘NSync disambut dengan jeritanjer­itan penuh kasih dan nyanyian spontan untuk lagu ‘Tearin’ Up My Heart’ daripada peminat mereka.

Album kedua kumpulan itu, ‘No Strings Attached’ pada tahun 2000, memegang rekod AS untuk jualan minggu pertama dengan 2.41 juta selama 15 tahun.

Kali terakhir ‘NSync mengeluark­an sebuah album muzik baru adalah pada tahun 2001 dan membuat persembaha­n bersama sepenuh masa pada 2002.

Mereka membuat persembaha­n terakhir bersama di Music Video Awards 2013. MTV

‘NSync telah menjual lebih daripada 40 juta rekod di seluruh dunia. Mereka telah ditubuhkan pada 1995 di Orlando, Florida. — Reuters

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia