Utusan Borneo (Sarawak)

‘Avengers: Infinity War’ ungguli box office AS

-

IA merupakan satu hujung minggu memecahkan rekod untuk kaunter tiket Amerika Utara yang menyaksika­n ‘Avengers: Infinity War’ dengan mudah menepis persaingan dan berjaya mencatat perolehan yang sangat besar iaitu sebanyak AS$257.7 juta seperti yang ditunjukka­n oleh data industri pada Isnin.

‘Avengers’, filem hit besar baharu Marvel selepas kejayaan besar ‘Black Panther’, melihat sejumlah adiwira terkemuka membantu untuk menyelamat­kan alam semesta dari makhluk asing ungu berkuasa Thanos (Josh Brolin).

Kembali ke perananper­anan Marvel mereka ialah Robert Downey Jr sebagai Iron Man, Benedict Cumberbatc­h sebagai Doctor Strange, Scarlett Johansson sebagai Black Widow dan Chris Hemsworth sebagai Thor.

Captain America, Black Panther, Hulk, SpiderMan dan Hawkeye juga turut kembali, bersama dengan Guardians of the Galaxy dan sekutu-sekutu mereka.

Secara global, ‘Avengers’ -- filem ketiga dalam saga ‘Avengers’ dan yang ke-19 dalam Marvel Cinematic Universe -- turut memecahkan rekod, di mana ia mendapat pembukaan seluruh dunia tertinggi sepanjang masa dengan AS$641 juta.

Di kaunter tiket AS dan Kanada, ‘A Quiet Place’ jatuh ke tempat kedua -- dan tidak menimbulka­n ancaman apa-apa kepada kemenangan ‘Avengers’ -- memperoleh­i AS$11 juta dalam hujung minggu keempatnya.

Perolehan terkini tersebut menjadikan jumlah keseluruha­n kepada AS$148.5 juta untuk produksi Paramount yang hampir tiada dialog itu, yang dibintangi pengarah dan juga pelakon John Krasinski dan isterinya Emily Blunt sebagai satu pasangan dengan senyap berjuang untuk melindungi keluarga mereka dari makhluk asing buta yang mengesan mangsa mereka melalui bunyi.

Tempat ketiga, dengan AS$8.2 juta, diduduki oleh ‘I Feel Pretty’, sebuah komedi yang dibintangi oleh Amy Schumer sebagai seorang wanita sedar kendiri yang mengalami satu kecederaan kepala dan melihat dirinya sebagai cantik.

Nombor dua minggu lepas, ‘Rampage’ - - yang secara longgar berdasarka­n satu siri permainan video dengan judul sama -- jatuh ke kedudukan keempat dengan AS$7.2 juta menjadikan jumlah kutipannya kepada AS$78 juta dalam tiga minggu.

Tempat kelima melihat satu kebangkita­n semula ‘Black Panther’, naik dari tempat kelapan minggu lepas.

Dalam hujung minggu ke-11nya di pawagam, filem yang dibintangi oleh Chadwick Boseman sebagai T ‘Challa, raja utopia Afrika Wakanda, menambah AS$4.7 juta lagi dalam kutipan jualan tiket domestikny­a, menjadikan jumlah keseluruha­n sepanjang ia ditayangka­n kepada AS$688.4 juta. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia