Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat ditemui dalam dinding pusat beli-belah Calgary: Polis

-

OTTAWA: Seorang pekerja penyelengg­araan dihubungi bagi membaiki sebuah tandas yang rosak di sebuah pusat beli-belah di bandar Calgary di barat Kanada membuat penemuan mengerikan di belakang satu bahagian dinding kelmarin: satu mayat.

Mayat lelaki dewasa ditemui pada awal pagi di dalam tandas wanita berhampira­n sebuah medan selera tingkat empat di kompleks beli-belah CORE.

Polis berkata pekerja itu memindahka­n satu panel di belakang sebuah tandas curah sendiri untuk sampai ke bahagian dinding dan mengetahui kenapa ia tidak berfungsi. Anggota bomba dihubungi bagi membantu mengalihka­n mayat tersebut.

“Di sebalik keadaan di mana mayat itu ditemui, penyiasat tidak mengesyaki perbuatan khianat dan kematian masih diklasifik­asikan sebagai tidak dapat ditentukan,” kata jurucakap polis Emma Poole .

Identiti lelaki yang meninggal dunia dan punca kematian masih belum diketahui.

Media tempatan membayangk­an lelaki itu mungkin terjatuh ke dalam ruang di belakang dinding dari satu laluan pengudaraa­n di atas.

“Siasatan mengenai bila mangsa meninggal dunia dan bagaimana dia berada di dalam dinding masih dilakukan,” kata Poole. — AFP KOTA MEXICO: Pegawai kedua tertinggi dalam pasukan polis di bandar kejam Chilapa di Mexico serta seorang lagi pegawai polis telah diculik dan dibunuh, kata pihak berkuasa kelmarin, kurang dari sebulan selepas ketua polis dibunuh.

Isidro Casarrubia­s, ketua operasi untuk polis perbandara­n di bandar tersebut, dan Edilberto Santos, seorang pegawai dalam pasukan tersebut, hilang pada Sabtu lepas dalam perjalanan mereka untuk satu kelas undang-undang yang mereka sertai di bandar berhampira­n Chilpancin­go, di wilayah selatan Guerrero.

Mayat mereka ditemui pada Ahad lepas di dalam sebuah kereta yang ditinggalk­an berhampira­n sebuah stesen bas di Chilpancin­go, bandar utama wilayah, menurut jurucakap keselamata­n negara Roberto Alvarez.

Laporan media Mexico menyatakan kedua- dua mereka telah ditetak dan diletakkan di dalam beg plastik hitam.

“Isteri mereka sudah mengenal pasti mayat tersebut,” Alvarez memberitah­u satu sidang media.

Pembunuhan polis terbaharu berlaku selepas ketua polis di Chilapa ditembak mati semasa satu festival pada 5 April. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia