Utusan Borneo (Sarawak)

Anak pengerusi Korean Air mohon maaf

Ketika hadir untuk soal siasat polis berhubung insiden berang bulan lepas

-

SEOUL: Dengan suara yang perlahan dan kepalanya menunduk, anak perempuan kedua kepada pengerusi Korean Air Lines memohon maaf semalam bagi satu kejadian berang baru-baru ini ketika beliau melakukan kemunculan pertamanya untuk soal siasat oleh polis mengenai insiden tersebut.

Cho Hyun-min, adik perempuan kepada pewaris syarikat penerbanga­n itu yang terkenal dengan “kemarahan berkaitan kacang”, telah berdepan dengan masalah kerana satu kemarahan yang bersifat keanak-anakan pada 2014, disiasat oleh polis bagi dakwaan bahawa beliau menyimbah minuman ke arah orang semasa satu mesyuarat perniagaan pada bulan lepas.

“Saya benar-benar memohon maaf kerana menimbulka­n masalah ini,” Cho Hyunmin memberitah­u sekumpulan media, sebelum menuju bagi soal siasat polis sebagai seorang suspek berhubung serangan yang berlaku.

Kakak Cho, Heather Cho, menjadi tajuk utama apabila beliau berang mengenai cara beliau dihidangka­n kacang dalam kelas pertama pesawat dan mengarahka­n pesawat Korean Air Lines yang beliau naiki agar kembali semula ke pintu laluannya di sebuah lapangan terbang New York.

Sikap pemarah adik perempuann­ya telah membangkit­kan kemarahan orang awam yang tidak sabar dengan konglomera­t diuruskan oleh keluarga dikenali sebagai ‘chaebol’, yang menguasai ekonomi Korea Selatan, bagi apa yang dilihat oleh segelintir orang sebagai kelakukan buruk yang tidak dapat disekat, terutama generasi kedua dan ketiga anak-anak kepada pengasas tersebut.

Ketika keluar dari sebuah kereta sedan hitam, Cho, yang memakai sepasang sut hitam, mengulangi permohonan maaf beliau sambil menangis beberapa kali tanpa membuat sebarang komen lanjut.

Korean Air Lines menolak untuk memberi komen.

Cho meletakkan jawatan sebagai pegawai kanan dalam syarikat penerbanga­n selepas bapanya Cho Yang-ho, pengerusi syarikat, membuat permohonan maaf secara umum bagi kelakuan dua anak perempuann­ya. — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? MOHON MAAF: Cho (tengah) memohon maaf di hadapan sekumpulan wartawan setibanya di balai polis di Seoul, Korea Selatan semalam.
— Gambar Reuters MOHON MAAF: Cho (tengah) memohon maaf di hadapan sekumpulan wartawan setibanya di balai polis di Seoul, Korea Selatan semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia