Utusan Borneo (Sarawak)

Tembakan rambang di DR Congo bunuh tujuh

-

GOMA: Tujuh orang terbunuh apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Goma, sebuah bandar utama di bahagian timur bermasalah di Republik Demokratik Congo (DRC), kata datuk bandar kelmarin.

“Beberapa lelaki bersenjata tidak dikenali melakukan keganasan” pada lewat Ahad lepas di Goma, datuk bandar Thimotee Muissa Kense memberitah­u AFP.

“Mereka menembak dari semua arah, yang membunuh tiga orang dan mencederak­an 22 yang lain. Empat lagi meninggal dunia kemudian akibat kecederaan mereka. Seramai 18 masih dirawat di hospital,” katanya.

Seorang tukang sembelih berusia 33 tahun yang menyaksika­n kejadian tembakan memberitah­u AFP bahawa pada petang Ahad dua orang tiba dengan menunggang sebuah motosikal di kawasan kejiranan Mugunga di luar bandar Goma.

“Mereka melepaskan tembakan ke arah orang ramai. Tiga orang meninggal dunia, dan keadaan menjadi panik. Kami menyembuny­ikan diri kami di dalam sebuah kiosk,” menurut saksi berkenaan.

Seorang sumber keselamata­n membuat spekulasi bahawa ia mungkin tindakan penyelesai­an bagi pergaduhan oleh sebuah kumpulan bersenjata dari wilayah kejiranan Masisi terhadap seorang lelaki, isterinya dan anakanak mereka.

Terletak di Lake Kivu di sempadan dengan Rwanda, Goma merupakan bandar utama bagi wilayah Kivu Utara dengan populasi seramai sejuta orang. Serangan senjata di bandar adalah jarang berlaku kerana ia merupakan ibu pejabat bagi misi Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu di DR Congo dikenali sebagai Monusco.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia