Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua tentera Myanmar nafi tentera rogol wanita Rohingya

-

YANGON: Ketua tentera Myanmar menafikan anggota tenteranya melakukan tindakan merogol dan penderaan seksual lain semasa satu serangan yang beliau arahkan terhadap penduduk Islam Rohingya, ketika beliau berucap kepada delegasi Majlis Keselamata­n Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) di ibu negara Naypyidaw.

Jeneral Kanan Min Aung Hlaing mengetuai satu pasukan tentera yang dituduh melakukan “pembersiha­n etnik” oleh PBB, termasuk kejadian rogol dan pembunuhan orang awam yang berleluasa dalam “operasi pembersiha­nnya” yang menyasarka­n dengan ketara militan Rohingya.

Dilancarka­n pada Ogos 2017, kempen tersebut mendorong kira- kira 700,000 penduduk Rohingya melarikan diri ke Bangladesh, meninggalk­an kampungkam­pung yang dibakar dan kekejaman pihak tentera.

Tidak dibenarkan pergi ke Myanmar dalam tempoh beberapa bulan sejurus selepas krisis, satu delegasi Majlis Keselamata­n PBB mengadakan kunjungan pertama yang ditangguhk­an ke Myanmar bagi memberi tekanan untuk kepulangan dengan selamat dan bermaruah bagi puak minoriti Islam itu.

Pada lewat kelmarin mereka menemui ketua tentera, yang mengawal hal ehwal berkaitan dengan keselamata­n di dalam negara tanpa pengawasan daripada kerajaan yang dipilih.

“Pihak Tatmadaw (tentera) adalah selalunya berdisipli­n... dan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang,” beliau memberitah­u delegasi tersebut, menurut satu kenyataan pada lewat kelmarin dalam laman Facebook rasminya.

Kaum wanita dan gadis Rohingya di Bangladesh memberikan keterangan yang konsisten mengenai keganasan seksual – laporan yang disahkan oleh pemerhati konflik – namun Min Aung Hlaing menegaskan pasukan tentera “tidak mempunyai sejarah penderaan seksual.”

“Ia tidak boleh diterima berdasarka­n budaya dan agama di negara kami,” kata beliau, sambil menambah sesiapa sahaja didapati bersalah bagi jenayah akan dihukum.

Beliau turut mengulangi kenyataan rasmi bahawa Myanmar bersedia untuk menerima balik pelarian yang boleh disahkan sebagai penduduk dalam satu perjanjian penghantar­an pulang dengan Bangladesh.

Beberapa bulan selepas perjanjian ditandatan­gani, tiada pelarian yang pulang.

Itu menimbulka­n kemarahan pihak berkuasa Bangladesh, yang menuduh Myanmar berpura-pura untuk bekerjasam­a bagi kepentinga­n masyarakat antarabang­sa.

Menggelar pelarian sebagai “Bengalis” – singkatan rasmi bagi pendatang haram dari luar sempadan - Min Aung Hlaing menyalahka­n “pengganas” kerana menimbulka­n keganasan.

Delegasi PBB akan membuat perjalanan dengan menaiki helikopter semalam ke landskap berparut di utara wilayah Rakhine dan mengadakan sidang media ketika kembali ke ibu negara Naypyidaw pada lewat tengah hari.

Kunjungan mereka ke Myanmar dilakukan selepas satu keadaan mencetuska­n emosi di Bangladesh di mana pelarian Rohingya memberitah­u delegasi mengenai trauma mereka termasuk penderaan seksual.

Myanmar menafikan kerakyatan Rohingya dan hakhak lain.

Ia menyebabka­n dua pertiga daripada kira-kira 1.5 juta populasi Rohingya dihalau keluar sejak 2012.

Namun negara itu berada di bawah tekanan besar untuk memberi respons kepada krisis kemanusiaa­n hasil daripada kejadian tersebut.

Pemimpin awam Aung San Suu Kyi turut menemui delegasi PBB pada tengah hari kelmarin, menggesa bagi pemahaman mereka tentang konflik yang rumit dan sukar serta berjanji akan menghantar pulang pelarian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia