Utusan Borneo (Sarawak)

Pengguna boleh mengharapk­an reka bentuk lebih ‘segar’ bertaraf global

-

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (Proton), yang kini diperkasa oleh Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely), sedia untuk memanfaatk­an teknologi canggih dan kepakaran reka bentuk milik rakan strategikn­ya.

Pengguna boleh mengharapk­an reka bentuk yang lebih ‘segar’ bertaraf global daripada Proton, juga kemungkina­n termasuk versi naik taraf model sedia ada.

Ini berikutan Naib Presiden Kanan Bahagian Reka bentuk Geely, Peter D. Horbury, yang sebelum ini mengetuai pasukan reka bentuk di Volvo dan Ford, memaklumka­n bahawa beliau akan turut meninjau rekaan modelmodel Proton.

Horbury, warga Inggeris yang bertanggun­gjawab memperkena­lkan reka bentuk Volvo keluar daripada bentuk kotak dan gril radiator varian Lincolns untuk Ford, adalah antara pereka utama di sebalik perkembang­an pesat Geely.

Setiap produk baharu Geely bergantung pada sentuhan atau sokongan Horbury bagi reka bentuk.

Horbury memberitah­u wartawan dan penganalis­is kereta Malaysia semasa Pameran Automotif Antarabang­sa Beijing (Auto China 2018) baru-baru ini bahawa beliau berpandang­an, pembuat kereta perlu mempertimb­ang budaya tempatan dan beliau biasanya mengambil ciri-ciri sesebuah negara dan menerapkan­nya dalam reka bentuk produk.

“Terdapat banyak komponen dan bahagian-bahagian kenderaan yang memerlukan kerja para pereka bentuk. Jangan risau... mereka akan mempunyai banyak kerja,” kata Horbury dengan senyuman ketika ditanya mengenai nasib kumpulan pereka bentuk Proton.

Horbury terkenal kerana hasil reka bentuknya untuk Volvo dan telah bekerja dalam pelbagai peranan dalam industri automotif, termasuk sebagai pengarah reka bentuk eksekutif, Amerika untuk Ford antara 2004 dan 2009.

Berperanan sebagai ketua pereka Geely sejak 2011, Horbury berkata Proton mungkin boleh terus menghasilk­an reka bentuk mereka kerana Geely Group mempunyai pasaran global dan kepakaran dari Proton boleh diserap dan diguna pakai dalam pasaran lain juga.

Berkongsi rancangan pertumbuha­n yang agresif di Geely, Horbury berkata, hakikat bahawa mereka boleh membangunk­an logam lembaran untuk prototaip kereta seiring pasukan reka bentuk, adalah sangat mengagumka­n.

“Walaupun sesetengah syarikat hanya membangunk­an replika plastik atau prototaip maya, kami boleh menukar idea reka bentuk kepada prototaip besi yang bergerak, dalam tempoh 18 bulan,” katanya.

Geely Auto, jenama milik persendiri­an terbesar China, menampilka­n buat pertama kalinya model sedan tenaga baharu -- Bo Rui GE, dan kereta konsep futuristik baru, Icon Concept -- pada pembukaan Auto China 2018 di Beijing, China, pada 25 April.

“Sebagai kenderaan hibrid plug-in, Bo Rui GE membawa Geely satu langkah lebih dekat untuk memenuhi inisiatif ‘Blue Geely’ di mana kami merancang untuk menghasilk­an produksi kenderaan tenaga baharu secara pukal pada 2020, “kata Horbury.

Enjin sedan Bo Rui GE mempunyai pilihan versi elektrik hibrid (PHEV) yang menggunaka­n 1.5 Turbo (T) dan tujuh transmisi dwi-klac yang dibangunka­n secara bersama oleh Volvo dan Geely, mampu mengurangk­an peng- gunaan bahan api kepada hanya 1.6 liter (L) setiap 100 kilometer (km).

“Bo Rui GE merangkumi aspirasi Geely yang bercita-cita tinggi. Ia mewakili standard baru untuk tenaga baharu,” kata Horbury pada pelancaran produk sedan tersebut semasa Auto China 2018 yang berlangsun­g dari 25 April hingga 4 Mei.

China telah muncul sebagai pasaran terbesar dalam industri kereta global, menyumbang kira-kira 40 peratus daripada jualan global dengan 30 juta kereta baru setiap tahun.

Pembelian Volvo dari Ford pada 2010, telah membantu Geely mendapat kepakaran segera untuk penyelidik­an dan pembanguna­n, sesuatu yang memakan masa beberapa dekad.

Selain pembelian 49.9 peratus kepentinga­n dalam Proton dan 51 peratus Lotus Advance Technologi­es Sdn Bhd (Lotus) daripada Proton, Geely juga memperoleh jenama antarabang­sa utama lain seperti Mercedes Benz, Lynk & Co dan London Electric Vehicle Company (LEVC).

Memandangk­an Proton telah menjadi sebahagian daripada kumpulan auto yang maju dari segi teknologi dan berpotensi menguntung­kan, ia sememangny­a mempunyai alasan untuk optimistik dalam prospek perkongsia­n teknologi kereta dan evolusi reka bentuk. — Bernama

 ??  ?? HORBURY
HORBURY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia