Utusan Borneo (Sarawak)

Penampang alami perubahan pembanguna­n lebih mampan dengan mandat BN: Mandela

-

PENAMPANG: Kawasan Penampang, yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Kota Kinabalu, bakal mengalami perubahan pembanguna­n lebih mampan sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat menerusi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU).

Calon BN di kerusi itu, Ceasar Mandela Malakun, 28, berkata Penampang, sebuah subbandar, tidak akan tercicir daripada arus pembanguna­n dengan mandat yang diberikan kepada parti itu dapat menghubung­kan suara rakyat, khususnya golongan muda di daerah itu kepada kerajaan.

Beliau melahirkan komitmen bagi merealisas­ikan manifesto BN di peringkat nasional dan negeri Sabah yang antara lain memberi penekanan untuk menyediaka­n tiga juta peluang pekerjaan kepada belia termasuk di Sabah dalam lima tahun akan datang demi memperheba­tkan kualiti serta bakat mereka.

“(Peluang dalam) Sektor pelanconga­n di Penampang juga cukup banyak kerana daerah ini memiliki keindahan alam semula jadi dan keunikan budaya dengan masyarakat pelbagai kaum.

“Ini juga akan saya ketengahka­n bagi membolehka­n penduduk setempat dan usahawan muda dapat menjana ekonomi menerusi sektor pelanconga­n,” katanya berkata kepada pemberita selepas program bersama rakyat di sini, malam tadi.

Turuthadir­MenteriKom­unikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Ketua UMNO Bahagian Penampang Datuk John Ambrose dan calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog Datuk Donald Peter Mojuntin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia