Utusan Borneo (Sarawak)

PPNS hargai pencalonan ahli peladang, bukti pengikrafa­n tinggi

-

PENAMPANG: Pertubuhan Peladang Negeri Sabah ( PPNS) menghargai kepimpinan kerajaan Barisan Nasinal (BN) kerana turut mengetenga­hkan calon berlatarbe­lakangkan peladang di Sabah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ahli Jemaah Pengarah (AJP) PPNS Jamawi Jaafar dicalonkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong, manakala ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beaufort Matbali Musah dicalonkan di DUN Lumadan.

Pengerusin­ya Datuk Mohd Nazri Abdullah berkata, penampilan kedua-dua ahli peladang berkenaan membuktika­n pengiktira­fan tinggi kerajaan terhadap peranan dan sumbangan komuniti peladang dalam pembanguna­n ekonomi negara.

“Sebagai pemimpin berlatarbe­lakangkan peladang, sudah pasti kedua-dua mereka akan dapat memainkan peranaan dan mengetenga­hkan suara denyut nadi masyarakat peladang selepas dipilih kelak.

“Selain itu, terdapat juga ahli peladang di Semenanjun­g yang turut diketengah­kan sebagai calon BN dalam PRU kali ini,” katanya ketika merasmikan program Muafakat Peladang PPK Penampang anjuran PPNS, di sini pada Isnin.

Beliau yang juga timbalan pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) berkata, golongan peladang, penternak dan nelayan adalah kelompok komuniti terbesar yang memainkan peranan penting membantu menjana ekonomi negara.

Nazri turut menghargai keprihatin­an Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyediaka­n peruntukan RM6.5 bilion kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah menerusi Bajet 2018.

“Saya juga memuji komitmen PPK Penampang dalam melaksanak­an pelbagai program ekonomi sejajar dengan status daerah itu sebagai jelapang padi, biarpun terletak di kawasan pinggir bandar yang pesat membangun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia