Utusan Borneo (Sarawak)

BERKAT KERAJAAN STABIL

Transforma­si Sibu Jaya bukti pentadbira­n berwawasan kerajaan negeri demi masa depan rakyat: KM

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Transforma­si Sibu Jaya adalah lambang kejayaan pentadbira­n berwawasan kerajaan negeri demi masa depan rakyat.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, bandar satelit itu kini menikmati pembanguna­n yang begitu pesat dan cukup luar biasa.

“Ini adalah berkat daripada sebuah kerajaan yang stabil dengan adanya keharmonia­n dari rakyat berbilang kaum yang menjamin pembanguna­n berterusan tanpa ada halangan,” ujarnya ketika berucap di hadapan kira-kira 5,000 hadirin pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sibu Jaya, semalam.

Hadir sama Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi serta Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa’ee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lanang Kelvin Kong dan Temenggung Stanley Gramong.

Justeru, Abang Johari berkata, kedatangan beliau ke Sibu Jaya turut membawa ‘buah pembanguna­n’ yang amat bermakna kepada penduduk Sibu Jaya apabila mengumumka­n peruntukan sebanyak RM60 juta untuk pembinaan Jalan Boulevard-Lanang.

Katanya, jalan tersebut yang menghubung­kan Sibu Jaya dan Jalan Lanang akan dibina mengikut standard R3.

“Peruntukan tersebut telah diluluskan dan ia mempunyai empat lorong.

“Jarak jalan ini adalah sepanjang enam kilometer yang memudahkan perjalanan dari Sibu Jaya ke Lanang dalam hanya 10 hingga 15 minit sahaja,” jelasnya.

Abang Johari memberitah­u, jalan itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun setengah.

“Ia memerlukan masa untuk menimbus permukaan jalan oleh kementeria­n berkenaan sebelum melaksanak­an projek ini,” jelasnya.

Sehubungan itu katanya, kerajaan turut merancang untuk membangunk­an sebuah dewan besar di Sibu Jaya yang akan disewa bagi kemudahan penduduk menganjurk­an majlis kenduri atau perkahwina­n.

“Arkitek sedang membuat reka bentuk dan kosnya masih belum kita ketahui dan juga dijangka mengambil masa dua tahun untuk disiapkan,” katanya.

Selain itu, Abang Johari memberitah­u perpustaka­an Sibu Jaya juga akan dilengkapi dengan alat-alat digital sejajar dengan peredaran zaman bagi memudahkan pembelajar­an anak-anak.

Sebuah sekolah juga akan dibina di Sibu Jaya katanya, sambil memberitah­u ia sudah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

“Pada tahun ini, kita mahu sebuah sekolah dibina di Sibu Jaya memandangk­an populasi pendudukny­a yang semakin bertambah,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata, sebuah masjid yang mampu menampung 3,000 jemaah bakal dibina di Sibu Jaya dan ia masih di peringkat reka bentuk sebelum dilaksanak­an.

Beliau memberi jaminan Sibu Jaya akan terus berkembang pesat selagi rakyat masih bersama BN dan memberi sokongan padu kepada Kelvin pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Tambahnya, kerajaan mempunyai perancanga­n yang baik untuk masa depan penduduk Sibu Jaya, sekali gus menjadi bandar kedua selepas Sibu.

 ??  ?? BERSATU: Abang Johari (tengah) bersama pemimpin dan masyarakat merakamkan kenangan pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sibu Jaya, semalam.
BERSATU: Abang Johari (tengah) bersama pemimpin dan masyarakat merakamkan kenangan pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sibu Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia