Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua kaum, ketua masyarakat berperanan penting pastikan kelancaran pentadbira­n

-

SARIKEI: Ketua kaum dan ketua masyarakat mempunyai peranan penting memastikan kelancaran pentadbira­n negara, kata calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sarikei Dato Sri Huang Tiong Sii.

Katanya, sebagai pemimpin paling dekat dengan akar umbi, golongan itu perlu memainkan peranan dan memberi perkhidmat­an terbaik kepada masyarakat.

“Golongan ini perlu sedar mereka adalah imej pentadbira­n kerajaan, oleh itu mereka perlu menjalanka­n amanah diberikan dengan jujur dan penuh tanggungja­wab.

“Tanggungja­wab sebagai pemimpin masyarakat tidak boleh dipandang ringan kerana mereka mempunyai cabang tugas amat besar,” katanya pada Majlis Penyerahan Sijil Pelantikan dan Pelanjutan Ketua Kaum Daerah Sarikei di sini kelmarin.

Justeru, beliau berharap golongan tersebut dapat memberi imej baik kepada masyarakat ketika berkhidmat dan berlaku adil dalam membuat keputusan.

Pada majlis itu, seramai 36 ketua kaum dan ketua masyarakat menerima sijil pelantikan masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok itu turut menyeru ketua kaum dan ketua masyarakat terus berdiri teguh di belakang kerajaan BN.

Katanya langkah amat penting memastikan pentadbira­n negeri dan negara terus berada pada landasan betul.

“Sampaikan kepada masyarakat bahawa tiada pihak lain betul-betul berjuang untuk rakyat selain kerajaan BN,” jelasnya.

Huang turut menyeru ketua kaum dan ketua masyarakat di sini bersama berganding bahu dengannya memastikan kerusi Parlimen Sarikei dapat kembali kepada BN.

“Usaha ini amat penting memastikan kawasan ini dapat membangun dengan pesat berlandask­an perancanga­n kerajaan selama ini dapat berjalan dengan lancar,” katanya.

Turut hadir Residen Bahagian Sarikei Mohamad Junaidi Mohidin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia