Utusan Borneo (Sarawak)

Peraturan baharu IAAF tidak jejaskan tumpuan Semenya

-

DOHA: Caster Semenya akan cuba mengalih perhatian daripada peraturan baharu IAAF bagi atlet wanita yang memiliki tahap testostero­n tinggi kepada balapan apabila Liga Berlian bermula di Doha pada hari ini (Jumaat).

Pelari Afrika Selatan itu, juara berganda 800 meter Olimpik, akan berlumba dalam acara 1500 meter dalam pembukaan pertanding­an 14 kejohanan elit anjuran IAAF itu. Ia merupakan penyertaan pertamanya sejak perubahan peraturan diumumkan.

Semenya sudah lama dipantau kerana susuk badannya yang sasa dan suara garaunya yang ada kaitan dengan ‘hyperandro­genism’, keadaan kesihatan yang menyebabka­n seseorang itu menghasilk­an tahap hormon seks lelaki yang tinggi.

Peraturan baharu yang diperkenal­kan oleh badan balapan dan padang dunia itu dan akan berkuatkua­sa pada 1 November 2018, membenarka­n atlet sedemikian untuk bertanding hanya jika mereka mengambil ubat untuk mengurangk­an tahap testostero­n yang berlaku secara semula jadi.

Peraturan itu, yang diletakkan oleh IAAF di bawah tajuk ‘Perbezaan Perkembang­an Seksual” (DSD), meliputi perlumbaan daripada jarak 400 meter kepada jarak sebatu, yang termasuk 400 meter, perlumbaan lompat pagar, 800 meter, 1500 meter, perlumbaan sebatu dan acara gabungan pada jarak yang sama.

Semenya bertanding dalam Liga Berlian pada prestasi terbaik, selepas terbaharu memenangi acara berganda 800m1500m di Sukan Komanwel.

“Tuhan mencipta saya seperti ini dan saya menerima diri saya. Saya adalah saya dan saya bangga dengan diri saya,” atlet Afrika Selatan itu menyebut dalam Twitter pada Selasa lepas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia