Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan mansuh GST kurang bijak

GST cukai penggunaan begitu stabil dalam apa juga keadaan ekonomi

-

PUTRAJAYA: Langkah memansuhka­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan digantikan dengan kebergantu­ngan terhadap pendapatan hasil komoditi seperti petroleum merupakan satu tindakan yang kurang bijak.

Timbalan Setiausaha Bahagian (Sektor Dasar Cukai Tidak Langsung dan GST) Kementeria­n Kewangan, MA Sivanesan berkata ini berikutan peranan GST sebagai satu bentuk cukai penggunaan yang begitu stabil dalam apa juga keadaan ekonomi, sekali gus memberi kestabilan kepada pendapatan kerajaan.

“Ini berbanding komoditi seperti petroleum yang mana aspek kenaikan dan penurunan harganya adalah sukar dikawal berikutan faktor luaran.

“Oleh itu, (tindakan) kebergantu­ngan kepada hasil minyak itu bukanlah satu pilihan yang bijak,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini semalam.

Beliau turut menyifatka­n tindakan pemansuhan GST sebagai tidak wajar dan bersifat ‘ mundur’ berikutan objektif asal GST yang diperkenal­kan pada 2015 adalah untuk mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap hasil petroleum berdasarka­n pengalaman kerajaan berde- pan krisis kejatuhan harga minyak global.

“Kalau kita lihat pada 2016, apabila harga minyak dunia jatuh kepada lebih kurang AS$30 setong, ia memberi impak sebanyak RM30 billion kepada ekonomi kita.

“Sehubungan itu, tindakan bergantung kepada hasil minyak bukanlah satu cara yang terbaik,” katanya.

Malah, keberkesan­an GST yang telah diguna pakai di lebih 160 negara turut menarik minat sekurang-kurangnya tiga negara lagi untuk melaksanak­annya selepas Malaysia iaitu India, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.

Selain itu, beliau berkata dakwaan bahawa GST sebagai punca kenaikan kos sara hidup juga tidak tepat kerana kajian selepas pelaksanaa­nnya pada 2015 menunjukka­n kenaikan inflasi akibatnya adalah kurang daripada 1.0 peratus.

Sebaliknya, antara faktor kenaikan kos sara hidup adalah permintaan terhadap sesuatu barang atau perkhidmat­an yang melebihi penawaran serta kadar tukaran mata wang asing yang memberi impak terhadap produk import.

“Kita perlu akui bahawa sebahagian besar barangan yang kita gunakan adalah diimport dan bukan semua dihasilkan dalam negara. Apabila berlaku kejatuhan nilai ringgit, ianya memberi impak kepada harga,” katanya.

Menurut Sivanesan, model GST yang diguna pakai Malaysia juga bertujuan memastikan barang- barang asasi dan perkhidmat­an tertentu dikecualik­an daripada GST dengan komponen besarnya merangkumi barang makanan dan perkhidmat­an pengangkut­an.

Beliau menegaskan, kadar 6.0 peratus yang dikenakan ketika ini adalah ‘neutral’ dan bukannya bertujuan melonjakka­n pendapatan kerajaan secara drastik sebaliknya memadai bagi menggantik­an hasil daripada cukai jualan dan perkhidmat­an (SST) yang dihapuskan bagi pelaksanaa­n GST.

“Kerajaan sangat berhatihat­i untuk memastikan kadar itu tidak membebanka­n dan hasil yang dikutip adalah neutral berbanding kutipan SST terdahulu,” katanya.

Sivanesan berkata, demi memastikan rakyat berpendapa­tan rendah dan sederhana tidak terbeban dengan GST, kerajaan melaksanak­an pelbagai inisiatif termasuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan yang layak berbanding subsidi secara pukal sebelum ini.

Selain bantuan khas, kerajaan turut mengurangk­an kadar cukai pendapatan dengan objektif untuk menambah pendapatan boleh guna isi rumah, sekali gus mengekalka­n kuasa beli rakyat.

Struktur GST di Malaysia turut memberi pengecuali­an serta berkadar sifar membabitka­n 31 kategori barangan dan perkhidmat­an selepas mengambil kira keadaan sosioekono­mi masyarakat di negara ini, katanya.

Malah, kata Sivanesan, walaupun pertubuhan antarabang­sa termasuk Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabang­sa menggesa supaya skop pelepasan dan pengenaan kadar sifar GST dikaji semula, namun kerajaan tidak mempunyai perancanga­n sedemikian ketika ini.

“Kita lihat senarai barang yang diberi kadar sifar atau pun pengecuali­an, memberi kesan begitu baik ke atas kemajuan cukai. Maksudnya rakyat berpendapa­tan rendah tetap akan terpelihar­a dan tidak terbeban dengan kesan GST,” katanya.

Mengenai kemungkina­n kadar GST itu dinaikkan selepas ini, beliau berkata kerajaan juga tidak mempunyai sebarang rancangan sedemikian pada masa ini.

Namun, kajian GST boleh dilaksanak­an pada masa depan sekiranya wujud keperluan untuk menaikkan atau menurunkan kadarnya berdasarka­n faktor- faktor ekonomi.

“Jika suatu hari nanti kita dapati tahap ekonomi kita telah sebegitu bagus dan pendapatan rakyat bertambah baik, kita mungkin melihat kepada keperluan mengkaji semula kadar GST,” katanya.

Menurutnya, antara negara yang pernah berbuat demikian adalah Thailand yang menurunkan kadar GST kepada 7.0 peratus berbanding 10 peratus pada penghujung 1990-an berikutan isu ekonomi.

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 470,000 perniagaan telah berdaftar dengan GST iaitu peningkata­n hampir dua kali ganda berbanding sewaktu dilaksanak­an pada 2015.

Dari segi kutipan, GST mencatat peningkata­n setiap tahun dengan jumlah keseluruha­n kutipan tahun lalu mencecah RM44.3 bilion berbanding RM42 bilion pada 2016 dan RM27 bilion pada 2015.

Sumbangan GST kepada hasil kerajaan turut meningkat kepada 20 peratus tahun lalu berbanding 16 peratus pada 2015 manakala sumbangan SST sebelum ini hanyalah sekitar 8.0 peratus, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia