Utusan Borneo (Sarawak)

Ceo AirAsia India kembali ke ibu pejabat Malaysia

-

NEW DELHI: Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia India, Amar Abrol, melepaskan jawatan itu selepas berkhidmat selama dua tahun, dan akan pulang ke ibu pejabat syarikat penerbanga­n itu di Malaysia.

“Abrol menyuaraka­n hasratnya untuk kembali ke Malaysia supaya lebih dekat dengan keluargany­a. Lembaga Pengarah AirAsia India mengucapka­n terima kasih atas sumbangann­ya dan akan bekerjasam­a rapat dengan beliau untuk memastikan peralihan yang lancar,” kata AirAsia India dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sebelum dilantik sebagai CEO AirAsia India, usaha sama AirAsia Bhd dan konglomera­t Tata Sons India pada 2016, Abrol bertugas sebagai CEO produk kewangan pemula niaga, Tune Money.

Beliau menggantik­an Mittu Chandilya, yang dipilih oleh ketua Kumpulan Air Asia Tony Fernandes pada 2013, untuk mengetuai AirAsia India.

Abrol, 50, anak kelahiran India, seorang akauntan bertauliah, akan ditempatka­n di Ibu Pejabat Kumpulan AirAsia di Kuala Lumpur bagi menjalanan­kan tugasan projek strategik’’ mulai Jun, kata syarikat itu, dan menambah, di bawah kepimpinan­nya, AirAsia India memperluas kumpulan, pegawai dan rangkaian sebanyak tiga kali ganda.

AirAsia India, yang memulakan operasi pada pertengaha­n 2014, mempunyai 18 pesawat dan menawarkan perkhidmat­an ke-19 destinasi di India.

Syarikat penerbanga­n itu mengangkut lebih 1.46 juta penumpang antara Januari dan Mac tahun ini dan merekodkan faktor beban 83 peratus.

Syarikat penerbanga­n tambang rendah itu bersaing dengan IndiGo, SpiceJet dan GoAir dalam pasaran perjalanan udara yang semakin berkembang di India. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia