Utusan Borneo (Sarawak)

Jaminan pendapatan tambahan untuk Sarawak

-

“Soal perbelanja­an jangan risau kerana pembinaan LRT ini akan mengambil masa lapan tahun dan kita akan mendapatka­n dana kita sendiri untuk LRT ini yang menelan kos RM11 bilion.

“Saya memberi jaminan saya akan mendapatka­n pendapatan tambahan untuk Sarawak dan mengembali­kannya kepada negeri ini,” katanya.

Tambah Abang Johari, selain pendapatan tambahan daripada ekuiti 25 peratus daripada MLNG Tiga, Sarawak juga boleh menjana pendapatan daripada penglibata­n dalam industri minyak dan gas.

“Kita kini dalam proses untuk mendapatka­n hak kita ke atas minyak dan gas. Industri minyak dan gas adalah industri orang Sarawak.

“Kita ada undang-undang dan kita guna kuasa kita seperti yang termaktub dalam Perlembaga­an.

“Kita tidak perlu bertelagah mengenai peratusan, lima peratuslah, 20 peratuslah, tetapi kita mahu turut serta dalam industri ini kerana penyertaan kita dalam industri ini akan menjana lebih banyak pendapatan untuk kita bangunkan apa yang diperlukan oleh rakyat,” katanya.

Abang Johari turut menjelaska­n bahawa penubuhan PETROS bukan untuk bersaing dengan Petronas, tetapi menjadi rakan industri Petronas membangunk­an industri itu.

“Pada bulan Oktober nanti, saya akan umumkan satu lagi perkara yang mahu saya laksanakan untuk rakyat negeri ini,” katanya.

Pada program itu semalam, Abang Johari turut menyampaik­an warta rizab komunal Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri Inisiatif Baharu kepada Kampung Giit, Padawan, Kampung Semadang, Siburan dan Kampung Gita Baru, Sungai Maong.

Turut disampaika­n sumbangan sosial korporat Petronas kepada 10 organisasi bukan kerajaan (NGO) dari bahagian Kuching serta penyampaia­n biasiswa Yayasan Sarawak kepada 30 pelajar dari bahagian Kuching dalam pelbagai peringkat pengajian.

Hadir sama, isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Dato Juma’ani Tuanku Bujang, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Morshidi Abdul Ghani, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia