Utusan Borneo (Sarawak)

Sebastian bukan tamak mahu jadi ADUN dan Ahli Parlimen

-

MIRI: Calon BN Parlimen Miri Datuk Sebastian Ting tidak mempunyai niat menduduki dua posisi di Dewan Undangan Negeri ( DUN) dan Dewan Rakyat (Parlimen).

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri ( MBM), Adam Yii menepis tuduhan terhadap Ting sebagai seorang yang tamak mahukan jawatan ADUN dan Ahli Parlimen.

“Datuk Sebastian Ting tidak berniat menduduki dua jawatan itu. Ini secara kebetulan kerana pada 2013, beliau kalah.

“Bila Pilihan Raya Negeri akan datang, beliau tidak akan bertanding. Dengan kata lain, beliau memang tiada niat untuk menduduki dua posisi ini,” katanya ditemui di sini malam kelmarin.

Ketua Penerangan SUPP dan Pengerusi SUPP Pujut itu berkata, sekiranya Sebastian berjaya menduduki kedua-dua posisi itu ia hanya dalam tempoh interim.

Menurut Adam, ramai pihak mempersoal niat Sebastian bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini sedangkan beliau telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau setelah menang pada PRN 2016 lalu.

Adam berkata, menduduki dua posisi bukanlah sesuatu luar biasa dalam arena politik Sarawak.

Bagi parti lawan, contohnya Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Chong Chieng Jen iaitu penyandang kerusi Bandar Kuching dan ADUN Kota Sentosa.

“Justeru, bertanding merebut kerusi Parlimen untuk wakil rakyat bergelar ADUN bukan asing di negeri ini.

“Contohnya parti lawan Pengerusi PKR Sarawak dan ADUN Ba’ Kelalan, Baru Bian sekarang bertanding kerusi Parlimen Selangau.

“Sebastian dipilih oleh parti kerana calon terbaik dan sesuai sebagai Ahli Parlimen sebab sebelum ini beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Tan Sri Datuk Peter Chin selama 10 tahun,” jelas Adam.

Katanya, tempoh tersebut mencukupi untuk beliau mendapat pendedahan, pengalaman dan mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan pusat.

Oleh itu, beliau meminta tuduhan tentang Sebastian dihentikan kerana bukanlah isu besar perlu digembarge­mburkan.

“Sekiranya kita ada isu dan masalah melibatkan kerajaan pusat, beliau merupakan orang paling sesuai membantu kita dan layak kerana dilatih oleh Tan Sri Peter Chin selama 10 tahun,” katanya.

 ??  ?? CERAMAH: Adam ketika memberi ceramah di pusat komersial Boulevard di Miri malam kelmarin.
CERAMAH: Adam ketika memberi ceramah di pusat komersial Boulevard di Miri malam kelmarin.
 ??  ?? KENANGAN: Sharbini (lima kiri) dan Presiden dan Naib Canselor Curtin Malaysia, Profesor Jim Mienczakow­ski serta penerima Anugerah SEB pada Majlis Anugerah Curtin Malaysia, baru-baru ini.
KENANGAN: Sharbini (lima kiri) dan Presiden dan Naib Canselor Curtin Malaysia, Profesor Jim Mienczakow­ski serta penerima Anugerah SEB pada Majlis Anugerah Curtin Malaysia, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia