Utusan Borneo (Sarawak)

PRU14 penentu siapa PM seterusnya, kata Kit Siang

-

SIBU: Penasihat DAP Lim Kit Siang menyifatka­n Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) sebagai sesuatu yang unik untuk menentukan perdana menteri Malaysia seterusnya.

Katanya, PRU14 agak berbeza berbanding PRU sebelumnya kerana hala tuju negara ketika ini bergantung sepenuhnya kepada pengundi.

“Sekiranya Pakatan Harapan (PH) dapat menjatuhka­n Barisan Nasional (BN) dan menawan Putrajaya, maka kami boleh membawa perubahan dalam kerajaan demi menyelamat­kan negara,” katanya pada sidang akhbar kelmarin.

Lim mendakwa, kemenangan ini penting kerana Malaysia yang didakwa sebagai negara berkelas dunia gagal memenuhi cita-cita, visi dan asas kukuh yang dibina sejak pentadbira­n bekas Perdana Menteri pertama hingga ke zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau mendakwa, terdapat perbezaan yang amat ketara di antara bekas-bekas perdana menteri ini namun tetapi pada masa itu, seluruh dunia masih memberi penghormat­an tinggi kepada Malaysia.

“Bagaimanap­un selepas Najib Razak mengambil alih, kita telah dipandang rendah rentetan isu-isu yang menyelubun­gi negara ini,” ujar beliau.

Lim mendakwa, terdapat kira-kira sejuta rakyat Malaysia yang berbakat, termasuk orang Melayu, Cina dan India, yang terpaksa bekerja dan berhijrah ke luar negara.

“Mereka tidak mahu pulang semula ke Malaysia kerana negara ini tidak ditad- bir urus dengan baik dan undang-udang yang dikuatkuas­akan tidak dapat melindungi rakyat,” katanya.

Terdahulu, Lim meluangkan masa kira- kira sejam untuk melakukan tinjauan mesra di pusat perniagaan Rejang Park di sini semalam.

 ??  ?? BERPUAS HATI: Kit Siang (tengah) semasa melakukan tinjauan mesra di Rejang Park di Sibu, kelmarin. Turut kelihatan ialah calon DAP di Parlimen Lanang Alice Lau (kiri) dan Parlimen Sibu Oscar Ling (kanan).
BERPUAS HATI: Kit Siang (tengah) semasa melakukan tinjauan mesra di Rejang Park di Sibu, kelmarin. Turut kelihatan ialah calon DAP di Parlimen Lanang Alice Lau (kiri) dan Parlimen Sibu Oscar Ling (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia