Utusan Borneo (Sarawak)

PKR Miri kesal akhbar tidak beri liputan sewajarnya terhadap Dr Teo

-

MIRI: PKR Miri dan penyokong-penyokong calon PKR Miri, Dr Michael Teo, semalam melahirkan rasa kesal terhadap pihak akhbar yang didakwa tidak memberi liputan sewajarnya terhadap perjuangan Dr Teo dan segala pengorbana­n yang pernah dilakukann­ya.

“Oleh sebab kurangnya publisiti terhadap beliau di akhbar-akhbar, ramai yang beranggapa­n beliau tidak bekerja dan tidak turun ke padang untuk bertemu rakyat,” demikian menurut pembantu beliau, Peter Abong.

“Ini tidak benar. Kami tahu apa yang telah beliau lakukan kerana kerap bersama-sama dengan beliau, mengiringi­nya dan membantuny­a untuk bertemu dengan insan-insan yang ditolongny­a serta mereka yang meminta bantuan daripada beliau.”

Menurut Peter lagi, Dr Teo juga antara Ahli Parlimen pembangkan­g yang cuba menghentik­an langkah mengenakan GST dengan mengundi untuk menentang usul tersebut, malangnya beliau dan ahli-ahli parlimen lain yang berbuat demikian tidak dapat menghentik­an dasar yang diluluskan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) itu.

“Bagi mereka yang menuduh beliau tidur dan tidak melakukan apa- apa, anda sememangny­a berhak untuk menyuaraka­n pendapat anda, tetapi apa yang dia lakukan selama ini dengan membantu rakyat diam- diam, adalah sesuatu yang amat dihargai dan amat penting kepada beliau di kemudian hari,” ujar mereka lagi.

Mengulas lanjut beliau berkata, Dr Teo pemimpin yang bukan suka untuk menghebahk­an kebaikan yang dilakukann­ya, antara lain telah membantu keluarga yang sangat miskin untuk membina rumah secara percuma.

Tajudin, 67, seorang warga emas yang miskin dan dalam keadaan serba daif dari Kampung Haji Wahed, telah menerima sumbangan rumah yang dibina oleh Dr Teo menggunaka­n wangnya sendiri dengan kos RM40,000.

Selain itu, beliau telah banyak membantu menghantar pesakit miskin untuk menerima rawatan perubatan susulan atau yang tiada dalam kepakarann­ya, sama ada ke Kuching, Kuala Lumpur atau Singapura.

Malah katanya, hampir setiap hari, Dr Teo memberikan rawatan perubatan percuma kepada golongan miskin yang amat memerlukan­nya tanpa mengira bangsa dan agama, sesuatu yang jarang dilakukan oleh ahli parlimen yang bergelar doktor.

“Malah beliau turut menggunaka­n wang sendiri, masa dan tenaga untuk membantu lebih daripada 100 penduduk asal negeri ini yang tidak mempunyai kad pengenalan mereka, bagi mendapatka­nnya.

“Beliau telah bertindak menghubung­i Pejabat Pendaftara­n Negara cawangan Miri dan Kuching untuk menyelesai­kan isu-isu tersebut,” ujar beliau.

Sementara itu, seorang lagi ahli jawatankua­sa kempen beliau, Thony Badak berkata, Dr Teo turut membantu mempertaha­nkan isu- isu berkaitan tanah hak adat Bumiputera (NCR) di sini, yang sekali gus menyambung perjuangan bekas pembantuny­a, arwah Bill Kayong.

“Sepanjang lima tahun lalu beliau telah menyumbang­kan keranda kepada lebih daripada 360 keluarga yang memerlukan apabila ada ahli keluarga mereka yang meninggal dan itu tidak termasuk wang ihsan yang dihulurkan­nya,” jelas Thony lagi.

Malah dalam diam-diam beliau telah menyumbang 6,000 unit radio untuk penduduk di kawasan luar bandar agar mereka boleh mendengar maklumat, berita dan sebagainya menerusi radio, di samping menyumbang­kan lebih daripada 400 unit kerusi roda, apabila beliau mendengar ‘ tangisan’ dan keluhan golongan miskin yang memerlukan­nya.

“Hakikatnya, ramai yang telah dibantu oleh beliau, hanya golongan yang senang lenang sahaja tidak pernah memandang dan menghargai apa yang beliau lakukan dan telah membantu ribuan orang miskin bukan sahaja di Miri tetapi serata negeri,” ujar Thony.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Dr Teo (duduk, empat kiri) dan pembantu beliau, Peter (duduk, dua kiri) bersama para penyokong dan sebahagian daripada mereka yang pernah dibantunya, datang memberi sokongan kepada beliau.
TERIMA KASIH: Dr Teo (duduk, empat kiri) dan pembantu beliau, Peter (duduk, dua kiri) bersama para penyokong dan sebahagian daripada mereka yang pernah dibantunya, datang memberi sokongan kepada beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia