Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan turut beri tumpuan kepada pembanguna­n kerohanian

-

SANDAKAN: Kerajaan Negeri tidak hanya mementingk­an pembanguna­n fizikal sematamata, sebaliknya turut memberi tumpuan untuk membangunk­an nilai kerohanian.

Berikutan itu, Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berhasrat mahu membina sebuah Pusat Islam yang akan menjadi mercu tanda syiar Islam di Sandakan dan juga negeri ini.

Katanya, dalam satu pusat Islam itu akan dilengkapi dengan Mahad Tahfiz, masjid, dewan serbaguna, dewan majlis perkahwina­n, bilik kuliah dan pusat latihan.

“Kita ingin membuka peluang kepada masyarakat termasuk orang muda, orang lama dan golongan tahfiz un- tuk beribadat. Saya percaya dengan adanya kompleks ini akan memberi satu dorongan kepada umat Islam.

“Kompleks ni bukan saja untuk masyarakat Libaran, tetapi semua yang melawat ke sini boleh menggunaka­n masjid dan beberapa kemudahan yang ada di dewan ini.

“Inilah hasrat kita agar ada tempat rujukan ilmuan Islam dan rujukan pakar. Kita juga akan menjemput tokoh-tokoh agama dari pelbagai tempat untuk memberi ceramah di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Pusat Islam di Sungai Kayu, Batu 7 di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Musa berkata pembanguna­n yang dibawa pada hari ini adalah hasil kestabilan politik selain kerjasama yang kukuh di antara kerajaan negeri dan pusat.

“Walaupun berlainan agama dan bangsa, tetapi kita saling menghormat­i antara satu sama lain. Inilah kunci kejayaan kita. Dan kita berharap agar keadaan yang baik ini akan berterusan. Kita perlu terus bekerjasam­a dan bersatu padu untuk membangunk­an negeri ini,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah JHEAINS Yusof Abd Abbas berkata Kompleks Pusat Islam itu diilhamkan oleh Tan Sri Musa sendiri setelah melihat keperluan pembanguna­n fizikal seperti perumahan, perniagaan, industri ladang dan pendidikan yang rancak dan pesat di daerah ini perlu diimbangi dengan kerohanian dan keagamaan.

Katanya, apabila berdirinya pusat itu kelak, ia pasti akan menjadi mercu tanda kegemilang­an Islam malah keunikan reka bentuknya yang bercirikan kontempora­ri dan moden, boleh menjadi tarikan kepada pelancong Islam dan bukan Islam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman, Setiausaha Persekutua­n Sabah Datuk Nor Rizan Mohd Thani dan Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Datuk Ir. James Wong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia