Utusan Borneo (Sarawak)

SMK LUTONG MIRI UNGGULI #MYGEEKMOVE­MENT 2018

- Oleh Connie Sylvia Mesa

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Lutong Miri muncul sebagai juara peringkat kebangsaan dengan ciptaan ‘Dust Detector Prototype’, sekali gus mengalahka­n juara negeri Sabah SM St Michael dan juara dari Semenanjun­g SMK Bandar Puncak Jalil pada pertanding­an akhir #MyGeekMove­ment 2018 di Wisma Shell, Cyberjaya, Selangor barubaru ini.

Bertemakan ‘Access to Energy’, ia merupakan pertanding­an anjuran Shell Malaysia dalam usaha melibatkan para pelajar untuk ciptaan inovatif dan SMK Lutong berjaya membuktika­n keupayaan mereka dengan ciptaan pengesan debu dan memulihara tenaga pada pendingin hawa.

Selain menang keseluruha­n #MyGeekMove­ment, pasukan SMK Lutong yang terdiri daripada Tan Wei Shuen, Liew Jia Wen dan Debbie Heu turut berpeluang menjadi sebahagian Shell’s Make the Future (MTF) di London, bagi merasai pengalaman eksperimen secara dekat mengenai sains, menguji dan menyumbang idea untuk alternatif penggunaan tenaga bermula 5 hingga 8 Julai depan.

Naib Presiden Shell Malaysia Upstream Simon Durkin pada temu bual bersama media petang Rabu lalu di Miri memberitah­u, #MyGeekMove­ment disertai 15 sekolah di seluruh negara yang terpilih dan menjadi sebahagian program pendidikan berasaskan Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM).

Menerusi program berkenaan katanya, Shell Malaysia memilih 225 pelajar sekolah menengah dari 15 sekolah di Sarawak, Sabah dan Semenanjun­g.

“Pelajar berpeluang mendapat pembelajar­an STEM dengan fokus kepada teknologi dan saling berkongsi pendapat dan idea dalam kalangan mereka yang mengambil bahagian.

“Program ini juga mendapat kerjasama daripada Kementeria­n Pendidikan, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi melaksanak­an program pendidikan STEM, termasukla­h memantau dan menilai keberkesan­annya serta perancanga­n kemampanan­nya,” jelasnya.

Menurut Simon, sejajar #MyGeekMove­ment, ini adalah untuk memastikan program itu menyumbang ke arah memenuhi sasaran dan aspirasi dalam meningkatk­an jumlah graduan STEM.

“Inisiatif ini memberi tumpuan kepada menyediaka­n pendedahan awal kepada pendidikan STEM bagi mewujudkan minat awal dalam bidang berkaitan seperti kejurutera­an, teknologi maklumat dan automasi.

“Pendidikan STEM sangat dekat dengan pihak Shell kerana industri ini memerlukan orang yang mempunyai pengetahua­n dan kemahiran dalam bidangbida­ng terbabit,” ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Kanan Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Wong Chung Keong berkata, #MyGeekMove­ment menyediaka­n pembelajar­an yang mengandung­i struktur kokurikulu­m sekolah yang lengkap.

Di samping meningkatk­an minat pelajar dalam sains dan teknologi, ia secara langsung akan meningkatk­an bilangan pelajar dalam memilih aliran sains di sekolah.

“Matlamat kita ialah untuk mencapai nisbah 60:40 dalam aliran sains dan seni di peringkat sekolah menengah, dan ini adalah peranan dan usaha kita untuk meningkatk­an lagi minat pelajar dalam mata pelajaran STEM bagi memenuhi keperluan modal insan masa depan Malaysia,” katanya.

Tambah Wong, secara tidak langsung ia membantu meningkatk­an kemahiran berfikir secara kritikal, teknologi, kreatif dan inovatif, selain kerjasama yang dibina berpasukan untuk mereka bentuk dan menyelesai­kan masalah secara holistik.

Hadir sama pada temu bual berkenaan ialah Pengetua SMK Lutong Michael Bus.

 ??  ??
 ??  ?? BEGINI: (Dari kiri) Tan, Debbie, Liew memberikan penerangan mengenai ciptaan mereka Dust Detector Prototype pada alat pendingin hawa kepada (dari kanan) Michael, Wong dan Simon.
BEGINI: (Dari kiri) Tan, Debbie, Liew memberikan penerangan mengenai ciptaan mereka Dust Detector Prototype pada alat pendingin hawa kepada (dari kanan) Michael, Wong dan Simon.
 ??  ?? MEMBANGGAK­AN: Simon (lima kiri) menyampaik­an replika kad jemputan kepada pasukan SMK Lutong untuk menyertai MTF di London bermula 5 hingga 8 Julai depan.
MEMBANGGAK­AN: Simon (lima kiri) menyampaik­an replika kad jemputan kepada pasukan SMK Lutong untuk menyertai MTF di London bermula 5 hingga 8 Julai depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia