Utusan Borneo (Sarawak)

SUKAN WUSHU PERLUKAN SOKONGAN, PROMOSI

Sukan tradisi kaum Cina itu semakin popular sehingga mendapat tempat kalangan kaum lain: Abdul Karim

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Sukan wushu memerlukan sokongan dan promosi secara berterusan di Sarawak kerana mampu menjadi medium untuk mengeratka­n perpaduan pelbagai kaum di negeri ini.

Ini dijelaskan oleh Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ketika perasmian Kejohanan Wushu Kementeria­n Pendidikan Malaysia ( KPM) Ke- 8 di sini Jumaat lalu.

Menurut Abdul Karim, hari ini sukan tradisi kaum Cina itu semakin popular sehingga mendapat tempat kalangan kaum lain.

“Wushu sebenarnya sukan yang popular di Sarawak dan telah banyak menyumbang pingat kepada kontinjen Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA).

“Keindahan yang saya boleh kita lihat dalam sukan ini adalah turut menggalakk­an kaum- kaum lain untuk menceburin­ya.

“Ini boleh kita lihat semasa pertanding­an wushu pada temasya SUKMA di mana bukan sahaja kaum Cina yang bertanding malah kaum- kaum lain turut serta,” katanya.

Beliau juga percaya sebaik stadium wushu terletak di Kompleks Stadium Sarawak siap akan mengangkat sukan itu ke satu tahap lebih baik selepas ini.

Menurutnya, kejohanan tersebut contoh kolaborasi terbaik antara KPM dan Persekutua­n Wushu Malaysia dan berharap dapat dimasukkan dalam kalendar aktiviti tahunan Majlis

Wushu sebenarnya sukan yang popular di Sarawak dan telah banyak menyumbang pingat kepada kontinjen Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA).

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

Sukan Sekolah Malaysia ( MSSM).

“Saya difahamkan badan wushu kebangsaan melobi untuk menjadikan wushu salah satu acara MSSM pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Hii Chang Kee, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak ( PSS) Dr Ong Kong Swee, Presiden Persekutua­n Wushu Sarawak, Allen Wong dan Timbalan Presiden Persekutua­n Wushu Sarawak, James Ting.

 ??  ??
 ??  ?? RASMI: Abdul Karim (tengah) menghunusk­an pedang simbolik perasmian kejohanan wushu sambil disaksikan (dari tiga kiri) James, Allen, Hii, Ong dan tetamu lain.
RASMI: Abdul Karim (tengah) menghunusk­an pedang simbolik perasmian kejohanan wushu sambil disaksikan (dari tiga kiri) James, Allen, Hii, Ong dan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia