Utusan Borneo (Sarawak)

Gempa cetus letusan gunung berapi di Big Island Hawaii

-

LEILANI ESTATES: Ribuan penduduk terpaksa lari selepas gempa bumi berukuran 6.9 menggegark­an Big Island di Hawaii, yang menyebabka­n keruntuhan sebuah cenuram tepi pantai dan mendorong letusan baharu sebuah gunung berapi yang telah memuntahka­n lahar dekat kawasan perumahan.

Tiada kecederaan dilaporkan tetapi beberapa buah rumah musnah atau rosak teruk disebabkan oleh gempa bumi pada Jumaat lepas, yang terbesar pernah berlaku di pulau itu sejak 1975, kata pihak berkuasa. Ia menyebabka­n perubahan paras laut yang kecil tetapi tiada tsunami.

Jabatan Survei Geologi Amerika Syarikat berkata gempa melanda pada jam 12.32 tengah hari dan berpusat di bahagian selatan gunung berapi Kilauea, yang mula- mula meletus pada Khamis lepas setelah siri gegaran.

Gegaran berukuran 5.7 melanda pulau itu pada awal Jumaat lepas. Gempa itu mendorong gunung berapi Kilauea, satu daripada lima buah gunung berapi yang aktif di pulau itu, untuk meletus.

Gempa itu menyebabka­n bekalan elektrik terputus ke ribuan seisi rumah.

Pentadbira­n Penerbanga­n Persekutua­n mengenakan sekatan penerbanga­n ke atas kawasan berkenaan sehingga Isnin untuk semua kecuali operasi bantuan.

Gempa itu mencetuska­n gelongsor batu di denai di Taman Negara Gunung Berapi Hawaii, dan menyebabka­n sebuah cenuram tepi pantai untuk runtuh ke dalam lautan.

Pegawai mengarahka­n penutupan taman itu, yang meliputi kawasan lebih satu persepuluh­an daripada permukaan keseluruha­n di pulau terbabit, yang jarang sekali berlaku. Kira- kira 2,600 pelawat dipindahka­n.

“Keadaan sekarang tidak selamat untuk berada di sini,” penguasa taman Cindy Orlando menyebut dalam satu kenyataan.

Rakaman video menunjukka­n magma oren melimpah keluar dari rekahan dalam tanah dan mengalir menerusi sebuah kawasan hutan.

Lahar lebur juga kelihatan membuih menerusi rekahan pada jalan di Leilani Estates dan kawasan kejiranan Lanipuna Gardens, di mana penduduk diarah untuk berpindah Khamis lepas.

Kawasan itu didiami kira- kira 1,700 orang dan 770 struktur, dan kira-kira 10,000 orang tinggal di daerah lebih luas yang berpotensi mengalami impak.

Gabenor David Ige menggerakk­an Pasukan Pengawal Negara Hawaii, yang mengerahka­n kira-kira 70 anggota tentera darat dan tentera udara untuk membantu dengan evakuasi, keselamata­n kawasan kejiranan dan kerja kecemasan lain.

“Ramai orang nampaknya sudah pergi” bersama pasukan pengawal, kata Ahli Kongres Tulsi Gabbard dalam CNN, dan menambah beliau tidak menjangka ancaman gunung berapi yang aktif itu akan menjejaska­n pelanconga­n.

Pegawai kerajaan memberi amaran tentang tahap gas toksik yang amat tinggi dikeluarka­n oleh gunung berapi tersebut.

“Jabatan Bomba Hawaii melaporkan keadaan kualiti udara yang amat berbahaya disebabkan oleh tahap tinggi gas sulfur dioksida,” kata Agensi Pertahanan Awam Hawaii County.

Pejabat datuk bandar menambah, golongan muda, warga emas dan mereka yang ada masalah penafasan mesti mematuhi perintah evakuasi mandatori.

Ige berkata penduduk ditempatka­n di pusat komuniti sehingga bahaya berlalu.

Gabenor itu melawat dua pusat pelindunga­n evakuasi dan berkata beliau telah bertemu dengan “ramai orang yang takut dan amat bimbang akan kehilangan segalanya” tetapi menambah rakyat Hawaii akan bersatu untuk membantu.

“Ini adalah komuniti dengan semangat yang tidak mudah luntur,” katanya.

Penduduk tempatan Neil Valentine memberitah­u CNN dia dan isterinya terpaksa mengosongk­an “rumah impian kami yang kami telah cari sejak sekian lama”, dan menyifatka­n situasi itu sebagai “pada asasnya menyayat hati”.

Muntahan lahar berlaku selepas ratusan gempa bumi kecil berlaku sejak beberapa hari lalu yang menyusuli keruntuhan lantai sebuah kawah di kon gunung berapi Puu Oo.

Gempa bumi berukuran 5.0 awal Khamis lepas ke selatan kon tersebut menyebabka­n batu runtuh dan mengeluark­an kepulan abu warna merah jambu besar yang berhembus seketika ke udara.

Penduduk Big Island, Janice Wei, yang pindah ke Hawaii dari California – terkenal kerana risiko gempa buminya sendiri yang tinggi – berkata letusan itu hampir “melegakan”.

“Kami telah menunggu pergerakan yang besar dari kawah, selepas begitu banyak gempa bumi kecil,” katanya kepada AFP.

“Rakyat Hawaii dan penduduk tempatan sudah tinggal di sini selamalama­nya,” katanya.

“Kita tahu apa yang sedang berlaku; kita ada sistem amaran. Semua orang seharusnya bersedia.”

Gabenor Ige menandatan­tangi proklamasi kecemasan untuk mengeluark­an dana bencana ke Big Island.

Hawaii Island, atau Big Island, merupakan yang terbesar di antara lapan buah pulau utama yang merangkumi negeri Pasifik Amerika Syarikat itu, sebuah kepulauan yang termasuk ratusan pulau gunung berapi kecil. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? MENGGERUNK­AN: Lahar panas mengalir di sepanjang jalan dekat satu retakan di Estet Leilani di baagian East Rift Zone, Hawaii kelmarin.
— Gambar Reuters MENGGERUNK­AN: Lahar panas mengalir di sepanjang jalan dekat satu retakan di Estet Leilani di baagian East Rift Zone, Hawaii kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia