Utusan Borneo (Sarawak)

Diskaun 50% premium tanah

Berkuat kuasa semalam, kadar baharu kini adalah RM2,500 berbanding RM5,000 sebelum ini: Abang Johari

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Kerajaan negeri mengumumka­n pemberian diskaun 50 peratus bagi pembayaran premium tanah berkuat kuasa semalam di seluruh Sarawak.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada lawatan tinjauan mesra ke Projek Pembanguna­n Darul Hana Blok 1A/2A Fasa 1 di sini semalam.

Beliau menjelaska­n, sebelum ini kadar bayaran premium tanah adalah sebanyak RM5,000.

“Pada lawatan saya ke Maludam pagi tadi (semalam) saya mendengar keluhan penduduk terpaksa membayar premium tanah sebanyak RM5,000.

“Jadi saya telah membuat keputusan untuk memberi potongan sebanyak 50 peratus bagi premium tanah ini yang mana penduduk hanya perlu membayar RM2,500 sahaja dan perkara ini berkuat kuasa serta merta bermula hari ini (semalam) di seluruh Sarawak,” katanya.

Malah, menurut Abang Johari lagi, penggunaan pendekatan baharu bagi skim penempatan semula juga dilaksanak­an yang mana kerajaan negeri menanggung kos bagi membina sistem perparitan, jalan raya dan penembokan tapak.

“Inilah usaha kita bagi memastikan rakyat dapat membina rumah mereka dengan mudah tanpa perlu menge- luarkan kos yang banyak bagi menyiapkan tapak rumah mereka,” tambahnya.

Terdahulu, beliau meluluskan peruntukan sebanyak RM8.6 juta untuk melaksanak­an projek Taman Islam di Masjid Darul Hana.

Katanya, Taman Islam itu bagi memudahkan pasangan yang mendirikan rumah tangga merakam detik terindah mereka selepas diakad nikah di masjid tersebut.

“Masjid Darul Hana ini menjadi tumpuan ramai terutama bagi pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga mengadakan majlis akad nikah di sini.

“Di sini sudah ada bilik khas untuk majlis akad nikah dan dengan adanya Taman Islam nanti, ia akan menjadi tempat untuk pasangan (raja sehari) merakam kenangan bersama pada hari bahagia mereka,” katanya.

Menyentuh tentang Projek Pembanguna­n Darul Hana, Abang Johari memberitah­u, penduduk yang terlibat dalam projek tersebut akan mendapat rumah baharu percuma mengikut nilai tanah dan rumah mereka.

“Penduduk hanya perlu pindah membawa barang mereka sahaja dan jangan dijual rumah baharu ini,” tegasnya sambil menambah, nilai minimum rumah di bawah projek itu adalah sebanyak RM300,000.

Beliau menjelaska­n bagi fasa pertama projek itu, ia melibatkan tiga kampung iaitu Kampung Panglima Seman, Kampung Semarang dan Kampung Pulo Ulu yang dijangka siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.

“Untuk keseluruha­n Projek Pembanguna­n Darul Hana, ia memerlukan tempoh pelaksanaa­n sehingga 20 tahun untuk siap sepenuhnya,” ujarnya.

Hadir sama Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Muda Utiliti Dr Abdul Rahman Junaidi, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan tetamu kehormat lain.

Pada lawatan saya ke Maludam pagi tadi (semalam) saya mendengar keluhan penduduk terpaksa membayar premium tanah sebanyak RM5,000. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? SANTAI: Abang Johari ditemai Wan Junaidi, Abdul Karim dan Dr Rahman serta tetamu kehormat lain melihat dalaman rumah contoh Projek Pembanguna­n Darul Hana Fasa Satu.
SANTAI: Abang Johari ditemai Wan Junaidi, Abdul Karim dan Dr Rahman serta tetamu kehormat lain melihat dalaman rumah contoh Projek Pembanguna­n Darul Hana Fasa Satu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia