Utusan Borneo (Sarawak)

SUPP bertambah yakin menghadapi PRU14

-

MIRI: Selepas sembilan hari berkempen dengan mengadakan ceramah awam dan bertemu penyokong dan pengundi di sini, sambutan amat menggalakk­an sekali gus memberi keyakinan kepada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.

Pengarah Operasi Pilihan Raya SUPP Miri Datuk Lee Kim Shin berkata PRU14 ini amat penting untuk Sarawak.

“Kami mahu menumpukan sepenuhnya PRU14 ini untuk Sarawak dan rakyat. Kami mahu rakyat Sarawak kekal bersatu dan memberi sokongan penuh kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mendapatka­n hak Sarawak.

“Ini kerana kebenaran amat nyata ialah tiada siapa akan melakukann­ya untuk kita, jika kita sendiri (rakyat Sarawak) tidak melakukann­ya,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau menjelaska­n hanya dengan bersatu padu dan bercakap dengan satu suara ( yang kuat) maka kerajaan pusat tidak mengabaika­n Sarawak sebaliknya ia perlu mendengar apa yang diminta oleh Sarawak.

Sementara itu, Lee mengkritik pembangkan­g kerana mewujudkan keadaan spekulatif untuk mengubah kerajaan.

“Sedangkan pada 2013, di mana pembangkan­g adalah pada kedudukan paling kuat namun mereka masih tidak dapat mengubah kerajaan.

“Kali ini, dengan PAS tidak lagi bekerjasam­a dengan mereka sebaliknya bekerjasam­a dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menawarkan cita- cita sama.

“Sejujurnya, perubahan itu mungkin tidak ideal malah ia boleh membawa kepada perubahan lebih teruk ( daripada sedia ada). Oleh itu, pengundi perlu bersikap rasional dalam membuat keputusan mereka,” ujar beliau.

Mengenai tuduhan Setiausaha DAP Sarawak Alan Ling terhadap SUPP kerana tidak ‘menayangka­n’ poster pemimpin UMNO (khasnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) pada posterpsot­er pilihan raya kali ini, Ketua Penerangan SUPP Adam Yii mengingatk­an Ling dan rakyat Sarawak bahawa UMNO tidak pernah dibenarkan masuk ke Sarawak oleh parti-parti komponen BN Sarawak.

“BN Sarawak berada di bawah kepimpinan rakyat Sarawak dan tidak semestinya menerima arahan daripada pihak-pihak di luar,” tambahnya.

Mengambil contoh, Rang Undang- Undang (RUU) 355 (Akta 355), Yii berkata semua Ahli Parlimen BN Sarawak mengundi untuk tidak bersetuju, yang akhirnya menyebabka­n perundanga­n diusulkan di Parlimen itu diketepika­n.

“Oleh itu, kita memerlukan wakil BN Sarawak lebih kuat di Parlimen dan memastikan sokongan lebih kukuh melindungi kepentinga­n rakyat Sarawak,” katanya.

 ??  ?? YAKIN: Lee (kiri) dan Adam bercakap kepada pemberita pada sidang media di Miri semalam.
YAKIN: Lee (kiri) dan Adam bercakap kepada pemberita pada sidang media di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia