Utusan Borneo (Sarawak)

Dasar mesra perniagaan kerajaan negeri tarik pelabur

-

LAWAS: Dasar mesra perniagaan yang dilaksanak­an kerajaan negeri telah meletakkan Sarawak sebagai antara pilihan utama destinasi pelaburan di rantau ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, antara faktor lain yang menarik perhatian pelabur ialah kestabilan politik, mempunyai prasarana moden, tarif air dan elektrik yang kompetitif, insentif cukai dan bukan cukai serta tenaga kerja mahir untuk menyokong pertumbuha­n industri.

“Untuk menyediaka­n semua prasarana kepada usahawan, Sarawak memerlukan banyak pelaburan terutama pelaburan langsung asing (FDI) untuk merancakka­n pembanguna­n.

“Bagi tujuan ini, Sarawak perlu berhubung secara lang- sung dengan para pelabur dari dalam dan luar negara kerana kita bukan sahaja bersaing dengan negara jiran seperti Thailand, Vietnam dan Indonesia tetapi juga dengan negeri-negeri lain di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Roadshow Keusahawan­an di sini semalam.

Jelasnya, pelaburan ini bukan sahaja memberi faedah kepada syarikat-syarikat besar tetapi turut mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat terutama kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Kerajaan telah menyediaka­n pelbagai kemudahan dan prasarana sebagai usaha untuk membantu usahawan meningkatk­an produktivi­ti dan kapasiti perniagaan mereka.

“Usaha-usaha ini jelas membuktika­n kerajaan masa ini sentiasa prihatin dan peka terhadap keperluan rakyat terutama PKS dan usahawan mikro,” katanya.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan turut mengingatk­an para usahawan untuk lebih berani membuat anjakan perubahan dalam memperkasa­kan ekonomi keusahawan­an dan tidak berada di tampuk lama.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Henry Sum Agong dan Residen Bahagian Limbang Ahmad Denney Ahmad Fauzi.

 ??  ?? PELABURAN: Para usahawan merakam kenangan bersama Awang Tengah (duduk, tiga kiri) dan Henry Sum (duduk, dua kiri).
PELABURAN: Para usahawan merakam kenangan bersama Awang Tengah (duduk, tiga kiri) dan Henry Sum (duduk, dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia