Utusan Borneo (Sarawak)

Nanta nasihati Paren berhemah, jangan bercakap bohong

-

KAPIT: Calon Barisan Nasional (BN) daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi menasihati calon parti pembangkan­g Paren Nyawi agar berhemah dalam berkempen dengan tidak bercakap bohong.

Nanta diminta mengulas mengenai masalah gangguan bekalan elektrik di Kapit pada 1 Mei lalu.

Bekalan elektrik terputus bermula jam 2.30 petang hingga 11.30 malam pada hari berikutnya.

“Saya amat kecewa dengan tuduhan tidak berasas yang dibuat Paren daripada DAP (Parti Tindakan Demokratik) berhubung gangguan bekalan elektrik pada 1 Mei lalu.

“Kejadian itu berlaku atas faktor kemalangan yang tidak disengajak­an kontraktor yang melakukan kerja di atas jalan.

“Mereka tidak mengikuti prosedur yang betul, di mana terdapat SOP (prosedur operasi standard) daripada SESCO mengenai maklumat kabel di tapak projeknya (kabel bawah tanah).

“Mereka menyelengg­ara jalan dan terpotong kabel utama yang menyebabka­n gangguan bekalan elektrik lebih 24 jam di Kapit.

“Ramai penduduk tidak berpuas hati, termasuk saya sendiri,” jelasnya selepas merasmikan Karnival Usahawan Desa 2018 di Kapit (KUD@ Kapit 2018) di pekarangan Fort Sylvia dan Jalan Kubu Lama, petang kelmarin.

Justeru beliau menegaskan bahawa pihak pembangkan­g tidak seharusnya bercakap bohong dan menuduh beliau sembaranga­n.

“Dia bertanya di mana Alexander ketika kejadian ini berlaku. Saya ada, saya telah menjalanka­n tanggungja­wab saya, apabila ia berlaku, saya menghubung­i pihak berkuasa yang berkenaan.

“Saya bertanya berapa lama mereka dapat membetulka­n keadaan, berapa lama mereka dapat membaikiny­a.

“Saya memaklumka­n kepada Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom mengenainy­a. Jadi saya ingin menegaskan bahawa saya melakukan sesuatu mengenainy­a.

“Apa yang lebih teruk, beliau (Paren) tidak tahu apa yang telah saya lakukan. Beliau hanya meletakkan papan iklan untuk mengatakan di mana saya berada ketika insiden itu berlaku,” katanya.

Beliau menambah, ini jelas menunjukka­n politik Paren adalah politik yang tidak baik.

“Oleh itu, saya mahu bertanya kepada beliau... apa yang beliau lakukan sepanjang insiden itu berlaku? Beliau tidak melakukan apa-apa, namun saya tidak menyalahka­nnya, tetapi mengapa beliau menyalahka­n saya,” rungut Nanta.

Sementara itu mengenai KUD@KAPIT 2018, Nanta berkata program itu menyediaka­n peluang dan ruang untuk usahawan tempatan menunjukka­n pelbagai produk mereka.

Ujarnya, produk tempatan seperti hasil kraf tangan dan barangan makanan boleh dijual di pasaran dan membantu menambah pendapatan mereka.

“Menerusi KUD dan kerjasama MARA dan pelbagai agensi lain di bawah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), terdapat program untuk membantu usahawan luar bandar dalam proses pembungkus­an bagi memastikan kualiti produk mereka pada tahap terbaik agar dapat diterima di pasaran,” katanya.

Pada majlis itu, Nanta menyempurn­akan penyerahan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Program Peningkata­n Pendapatan (PPP), Pinjaman SPED NANO dan hadiah cabutan bertuah.

Karnival dua hari anjuran MARA dan pelbagai agensi berkaitan pada Jumaat dan Sabtu itu menyediaka­n 50 gerai yang mempamerka­n pelbagai produk seperti masakan, roti, produk ladang, tenunan pua kumpu, kraf tangan bakul dan sebagainya.

Timbalan Ketua Setiausaha KKLW Norisan Ramli, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datu Jaul Samion dan Residen Kapit Joseph Belayong antara yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia