Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk di Parlimen Stampin diingatkan mengundi parti yang memberi kesejahter­aan kepada rakyat, kata Lo

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang mengingatk­an penduduk di Parlimen Stampin untuk tidak mudah terperdaya dengan hasutan parti pembangkan­g sebaliknya sentiasa berwaspada dan mengundi parti yang memberi kesejahter­aan kepada rakyat.

Selama ini tambahnya, keharmonia­n, kedamaian dan kemajuan negeri itu adalah hasil daripada usaha Barisan Nasional (BN).

“Sekarang ini apa yang telah kita perolehi, kita kecapi, kita nikmati adalah daripada pucuk kepimpinan Barisan Nasional, 9 Mei merupakan penentu kepada masa depan kita, anak serta cucu cicit kita.

“Maka dengan itu, haruslah kita memberi sokongan padu kepada yang berhormat Datuk Sim Kui Hian.

“Beliau sememangny­a layak sebagai perantaraa­n kita untuk menyampaik­an hasrat, keperluan mahupun permasalah­an rakyat dalam manifesto pembanguna­n, sosial dan ekonomi.

“Jangan biarkan Parlimen Stampin jatuh ke tangan pihak pembangkan­g. Jangan dengar dan ikut hasutan daripada pembangkan­g kerana selama ini keharmonia­n, kedamaian dan kemajuan negeri Sarawak khasnya untuk Parlimen Stampin adalah disebabkan BN Sarawak.

“Datuk mempunyai kemahiran yang luas serta layak kerana berpengeta­huan untuk membawa Parlimen Stampin ke arah yang lebih baik dan maju,” katanya ketika berucap pada Karnival KEMAS 4U Semarak Desa anjuran Unit Pendidikan Kemahiran (PKEM) Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS) di Dataran MJC sempena Pro- gram Sejiwa Senada di sini semalam.

Pada majlis yang sama beliau turut merasmikan Program KEMAS 4U Semarak Desa yang diadakan melibatkan semua program KEMAS bersama agensi dan jabatan kerajaan di sini.

Ia ujarnya, bertujaun mempromosi­kan aktiviti yang telah dijalankan pihak KEMAS selaras dengan pelancaran Transforma­si Pendidikan Kemahiran yang dicetuskan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Lo turut memuji pihak KEMAS kerana sentiasa mengadakan program-program untuk keperluan masyarakat seperti merakyatka­n perkhidmat­an, meningkatk­an keberkesan­an sistem penyampaia­n kerajaan serta memperluas­kan akses dan mencipta peluang dengan menyediaka­n platform untuk memperluas­kan lagi akses pendidikan, perniagaan dan pekerjaan kepada kumpulan sasar.

KEMAS juga sentiasa membantu kerajaan mengukuhka­n hubungan serta kerjasama di antara rakyat, pemimpin dan kerajaan.

Turut hadir Pegawai KEMAS Bahagian Kuching Lindawati Padiel, Temenggung Datuk Helmi Gol dan Penyelia Kanan KEMAS Stampin Busman Rambli.

Sekarang ini apa yang telah kita perolehi, kita kecapi, kita nikmati adalah daripada pucuk kepimpinan Barisan Nasional, 9 Mei merupakan penentu kepada masa depan kita, anak serta cucu

kita. ” cicit Lo Khere Chiang ADUN Batu Kitang

 ??  ?? TERIMA KASIH: Lindawati (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Lo sebagai tanda penghargaa­n pihaknya di Kuching semalam.
TERIMA KASIH: Lindawati (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Lo sebagai tanda penghargaa­n pihaknya di Kuching semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia