Utusan Borneo (Sarawak)

Masjid terapung akan mengubah wajah Kampung Punang Lawas

-

LAWAS: Kampung Punang bakal berubah menjadi pusat pelanconga­n paling ikonik di Lawas dengan terbinanya masjid terapung, tebingan dan pelbagai lagi projek pembanguna­n yang akan dirancang.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, segala bentuk projek pembanguna­n yang akan dan sedang dibina di kampung tersebut akan membolehka­nnya menjadi antara destinasi pelanconga­n terunggul di sini.

“Pembinaan fasa pertama masjid terapung telah pun siap dan projek fasa kedua akan ditender bulan depan, manakala projek tebingan dijangka bermula bulan ini.

“Ini adalah hasrat dalam perancanga­n saya untuk merubah Kampung Punang menjadi satu destinasi pelanconga­n untuk para pelancong dan ini adalah komitmen saya dan akan terus melaksanak­annya,” katanya ketika berucap merasmikan Mini Karnival KEMAS4U di kampung tersebut di sini, semalam.

Dalam pada itu, Awang Tengah turut mengajak pengundi- pengundi di Kampung Punang untuk terus menyokong kepimpinan Barisan Nasional (BN) di Lawas agar segala projek pembanguna­n dapat dilaksanak­an.

“Kampung ini mencatatka­n 90 peratus pengundi BN pada pilihan raya yang lepas dan kita mahu angka itu akan lebih meningkat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

“Berilah mandat sekali lagi kepada calon BN Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong dan beliau layak mendapat sokongan padu kerana kerja keras beliau untuk pembanguna­n Lawas selama ini,” katanya.

Turut hadir pada maj- lis tersebut ialah Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Henry Sum Agong, Pengarah KEMAS Sarawak Zamri Mustajab, Residen Bahagian Limbang Ahmad Denny Ahmad Fauzi, Timbalan Pengerusi PBB Bukit Sari Kaunselor Awangku Jinal Pengiran Jawa serta tetamu kehormat lain.

 ??  ?? MENARIK: Awang Tengah (enam kiri) dan Henry Sum (tujuh kiri) bergambar di replika helikopter yang dibuat daripada bendera BN menunjukka­n kreativiti penduduk kampung di situ.
MENARIK: Awang Tengah (enam kiri) dan Henry Sum (tujuh kiri) bergambar di replika helikopter yang dibuat daripada bendera BN menunjukka­n kreativiti penduduk kampung di situ.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia