Utusan Borneo (Sarawak)

UPP masih lagi sebuah parti politik yang bebas

-

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu ( UPP) masih lagi parti politik yang bebas sehingga ia mencapai kesepakata­n bersama mengenai syarat- syarat penggabung­annya dengan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Sekretaria­t UPP Pusat menerusi kenyataan akhbar semalam berkata, UPP dan SUPP masih dalam perbincang­an untuk menggabung­kan kedua- dua parti itu menerusi satu Memorandum Persefaham­an (MoU) yang ditandatan­gani Mac lalu.

UPP bagaimanap­un berkata disebabkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14), kedua-dua parti hanya berpeluang mengadakan rundingan awal menerusi Jawatankua­sa Perundinga­n ditubuhkan di bawah MoU tersebut.

Melainkan dan sehingga kedua-dua parti mencapai kesepakata­n bersama mengenai syarat- syarat penggabung­an, UPP akan aktif sepenuhnya sebagai parti politik yang bebas.

“UPP Pusat mahu menjelaska­n, parti ini masih lagi parti politik yang bebas, berdaftar dengan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia (ROS).

“Kami menggesa agar se- mua pemimpin dan ahli UPP terus berkhidmat kepada rakyat serta menyokong semua aktiviti parti.

“Kami yakin pemimpin Pusat UPP akan sentiasa melakukan yang terbaik untuk kepentinga­n parti dan semua ahlinya,” ujar UPP.

Kenyataan itu dikeluarka­n sebagai mengulas laporan Utusan Borneo semalam, apabila memetik Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebagai berkata SUPP sudah bersatu dan tidak ada lagi UPP.

Justeru beliau tidak mahu lagi melihat masyarakat Cina di negeri ini bergaduh antara satu sama lain dan ini adalah masa untuk masyarakat Cina menunjukka­n mereka telah bersatu.

“Jika tidak bersatu pihak lain akan ambil kesempatan ke atas kelemahan kita.

“Anda (masyarakat Cina) bukan kaum pendatang, anda adalah rakyat Sarawak dan kita sudah lama bekerja bersama. Jadi, apa mahu gaduh.

“Apabila masyarakat Cina sudah bersatu, anda akan menjadi sebahagian daripada kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Sejiwa Senada di MJC, di sini kelmarin (Sabtu).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia