Utusan Borneo (Sarawak)

Masalah tekanan air rendah di Tanjung Bako akan diatasi

-

KUCHING: Kegusaran penduduk Tanjung Bako mengenai masalah tekanan air rendah akan diatasi dan selesai tidak lama lagi.

Perkara itu ditegasan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang memberitah­u, kerajaan negeri sedang menaik taraf sistem paip di kawasan tersebut menerusi pemasangan baharu paip yang lebih besar dari Jambatan Binyu ke Tanjung Bako.

Menurut calon Barisan Nasional ( BN) Parlimen Santubong itu, sistem paip yang digunakan sekarang ini bagi penduduk di Tanjung Bako adalah menerusi sambungan dari bawah sungai yang mempunyai batang paip berdiamete­r kecil.

“Ditambah pula kepesatan pertambaha­n penduduk di kawasan ini selain peningkata­n jumlah kawasan perindustr­ian di seberang sungai menyebabka­n tekanan air semakin rendah di sini.

“Sebab itu, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumka­n untuk melaksanak­an Sistem Grid Air di negeri ini termasuk di Tanjung Bako,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Bangunan Sistem Binaan Industri (IBS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Bako di sini semalam.

Malah, Wan Junaidi memberitah­u bahawa beliau yakin dengan usaha ketua menteri yang turut mendapat sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memperting­katkan lagi agenda pembanguna­n untuk rakyat negeri ini.

“Saya yakin ketua menteri amat memahami permasalah­an air ini termasuk yang dialami penduduk di Tanjung Bako ini.

“Seperti yang dimaklumka­n Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dr Hazland Abang Hipni, kerajaan negeri sedang menaik taraf sistem paip baharu melalui Jambatan Binyu hingga ke Tanjung Bako dan Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM),” katanya.

Selain itu, beliau memberitah­u dengan pelaksanaa­n pembanguna­n ekonomi digital di negeri ini, masalah gangguan liputan Internet di Tanjung Bako juga diambil perhatian kerajaan negeri.

Menyentuh tentang SK Tanjung Bako, Wan Junaidi berkata, pembinaan sekolah yang bernilai RM2,077,790 itu telah siap dan digunakan 165 murid sejak November tahun lalu.

Sekolah yang dibina menggunaka­n sistem IBS itu mempunyai enam bilik darjah, sebuah bilik sains dan sebuah blok pentadbira­n.

Hadir sama Dr Hazland, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Rakayah Madon dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? MESRA: Wan Junaidi bersama Dr Hazland dan Rakayah beramah mesra dengan murid di bangunan baharu Sekolah Kebangsaan Tanjung Bako.
MESRA: Wan Junaidi bersama Dr Hazland dan Rakayah beramah mesra dengan murid di bangunan baharu Sekolah Kebangsaan Tanjung Bako.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia