Utusan Borneo (Sarawak)

IPeople App memudahkan orang awam kemuka aduan kepada MBKS

-

KUCHING: Orang awam yang ingin mengemukak­an sebarang aduan atau maklum balas mengenai isu-isu yang mereka hadapi kepada Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) secara mudah dan pantas, kini boleh berbuat demikian melalui aplikasi telefon pintar, IPeople App.

Demikianka­taMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian pada Majlis Pelancaran IPeople App di Pasar Komuniti Stutong, semalam.

Dr Sim menyifatka­n aplikasi itu amat bagus kerana ia turut membolehka­n orang ramai menjadi mata dan telinga kepada PBT terbabit dalam menjadikan bandar raya ini sebagai tempat selamat untuk didiami.

“Apa yang perlu dilakukan, anda ( orang awam) hanya perlu mengambil gambar dan menghantar maklum balas secara terus menerusi aplikasi ini kepada MBKS.

“Ia sememangny­a sangat mudah untuk digunakan dan oleh itu, saya berharap orang ramai atau pengguna aplikasi ini akan menggunaka­n 1People App MBKS dengan bijak dan sewajarnya,” katanya.

Memuji usaha MBKS dalam memperkena­lkam sistem itu, Dr Sim berkata, ia adalah selaras dengan saranan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk mengadapta­si perkhidmat­an berasaskan digital dan teknologi.

Menurut beliau, aplikasi IPeople itu akan ditambah baik lagi fungsinya dan seterusnya turut akan dilaksanak­an di bandar utama lain di negeri ini.

Dalam pada itu, Dr Sim yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Stampin mengingatk­an pengundi untuk memilih wakil rakyat yang mempunyai akal fikiran yang tajam, komited dan bersunguh-sungguh untuk membantu rakyat.

Katanya, kedua-dua calon pembangkan­g di Stampin dan Bandar Kuching tidak mempunyai manifesto pilihan raya yang jelas di keduadua kerusi Parlimen berkenaan.

“Justeru, saya memohon rakyat supaya mengundi secara bijak pada 9 Mei ini dan memilih calon yang benar-benar berupaya melakukan sesuatu kepada Sarawak dan masa depan mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Datuk Bandar MBKS Datuk James Chan dalam ucapannya berkata, IPeople App kini boleh dimuat turun secara percuma di telefon pintar masing-masing di Apple App Store dan Google Play dalam dua minggu akan datang.

Aplikasi itu katanya, adalah mengenai komunikasi majlis tersebut dengan penduduk dalam bidang pentadbira­nnya dalam menyediaka­n kawalan yang lebih baik ke atas infrastruk­tur di bandar raya ini serta persekitar­annya selain mengurangk­an pembaziran masa dan sumber untuk memastikan bandar raya ini diurus dengan lebih baik.

Tambah Chan, pihaknya akan terus bekerjasam­a dengan Techninier Sdn Bhd untuk memperhalu­si dan menambah baik fungsi, ciri dan prestasi aplikasi tersebut termasuk menambah ciri pembayaran dalam talian yang membantu orang awam membayar cukai taksiran atau yuran MBKS secara terus daripada aplikais tersebut.

“Bagi saya, teknologi tidak ada maknanya jika ia tidak serba boleh dan kerana itu, kita mesti gunakan tenologi digital untuk memberi khidmat lebih baik kepada penduduk di bandar raya Kuching Selatan,” ujarnya.

Hadir sama pada majlis pelancaran aplikasi itu ialah calon BN Parlimen Bandar Kuching Kho Teck Wan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia