Utusan Borneo (Sarawak)

Andrew Wong akui harus berusaha lebih keras tawan Parlimen Sibu

-

SIBU: Calon Barisan Nasional (BN) P.212 Sibu Datuk Andrew Wong Kee Yew terpaksa berusaha lebih keras di kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Pelawan dalam usaha merampas kerusi Parlimen Sibu daripada pembangkan­g.

“Kita terpaksa bekerja keras di kawasan Pelawan dan akan berkempen bersungguh-sungguh di kawasan ini dengan tempoh kempen tinggal dua hari lagi,” ujarnya kepada pemberita semalam.

Beliau ditemui pada Program Bersama Pemimpin di Simpang Tiga, yang dianjurkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Pa Dris, Simpang Tiga dan Hilir 2.

Menurut Andrew, beliau telah berkempen dan menemui pengundi di hampir semua kawasan di Pelawan seperti Taman Rejang, Dewan Suarah, Taman Indah, Unicity, Seduan, Au Yong, Pasar Malam dan Ulu Sungai Merah.

Beliau juga memberitah­u, hanya kawasan Taman Muhibbah yang masih belum digempur dalam usaha meraih undi di kawasan majoriti pengundi Cina itu.

“Setelah lapan hari berkempen, kita mendapati respons yang diberikan penduduk di kawasan ini adalah lebih baik daripada sebelum ini. Orang ramai mula menerima baik apa yang kita telah rancang untuk Sibu.

“Sambutan adalah lebih baik daripada yang kita jangkakan, terutama selepas pengumuman ketua menteri membabitka­n kerja-kerja menaik taraf beberapa jalan di kawasan ini,” katanya.

Andrew menambah, sambutan baik itu juga menunjukka­n hanya BN yang dapat menyelesai­kan masalah yang ada di negeri ini.

“Jangan bimbang dengan apa yang berlaku di Semenanjun­g. Tumpuan kita adalah menjaga dan membangunk­an Sarawak untuk mencapai status negeri maju menjelang 2030,” jelasnya.

Parlimen Sibu terdiri daripada DUN Bawang Assan, Nangka dan Pelawan.

Menyentuh mengenai DUN Bawang Assan dan Nangka, Andrew bersyukur kerana ada Dato Sri Wong Soon Koh dan Dr Annuar Rapa’ee membantuny­a berkempen di kedua-dua kawasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia