Utusan Borneo (Sarawak)

Usah biar undi dipengaruh­i konflik di Semenanjun­g

-

SIBU: Masyarakat Cina diseru supaya tidak terpengaru­h dengan konflik dan masalah politik di Semenanjun­g Malaysia yang dibawa oleh pembangkan­g ke sini sebagai bahan kempen mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Pengerusi Persatuan Masyarakat Taman Grand Heights, Sibu Tiong Chiong Ting berkata, sebaliknya masyarakat Cina sekarang harus bersama kerajaan negeri berjuang menuntut hak mutlak negeri ini dalam Perjanjian Malaysia 1963.

“Segala fitnah, masalah, konflik atau apa jua berlaku di Semenanjun­g Malaysia tiada kaitan dengan kita di Sarawak.

“Apa yang kita mahu adalah bersama-sama dengan kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengambil balik hak kita untuk manfaat semua kaum di Sarawak.

“Justeru, berikan mandat pada kali ini kepada Barisan Nasional (BN) demi manfaat kita semua yang tinggal di Taman Grand Height ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap aluan pada Majlis Makan Malam Persatuan Masyarakat Taman Grand Heights, Sibu yang berlangsun­g di Dewan Tan Sri Datuk Tiong Su Kuok, Jalan Mantis, kelmarin.

Majlis itu disempurna­kan Penasihat Kehormat Persatuan Masyarakat Taman Grand Heights Tan Sri Datuk Tiong Su Kuok.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King, calon BN Parlimen Lanang Kelvin Kong, Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai serta para kenamaan lain.

Beliau menyeru pengundi Cina membuat pilihan bijak pada 9 Mei ini demi pembanguna­n dan kuasa mutlak di negeri ini.

Sementara itu, Kelvin dalam ucapannya menyifatka­n pengundi Cina adalah penting untuk menentukan kerajaan khususnya di kawasan Lanang pada PRU14 ini.

Katanya, tanpa sokongan pengundi Cina ia akan menyukarka­n lagi usaha kerajaan menuntut hak negeri ini daripada kerajaan pusat.

“Pastikan kerusi Parlimen Sibu dan Lanang milik BN pada pilihan raya kali ini. Jika tidak, kita akan terus ketinggala­n pembanguna­n,” ujarnya.

Menurutnya, kemenangan BN di Sibu dan Lanang adalah penting untuk pembanguna­n di zon tengah.

“Kerajaan mempunyai banyak rancangan pembanguna­n untuk kawasan Sibu dan Lanang amnya.

“Justeru, pilihan di tangan anda dan buatlah pemilihan bijak pada 9 Mei ini untuk manfaat semua rakyat di kawasan Sibu dan Lanang,” tambahnya.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Su Kuok menyeru pengundi Cina di Taman Grand Heights memberikan mandat penuh kepada Kelvin pada PRU14 ini.

Jelasnya, masyarakat Cina harus berdiri teguh di belakang kerajaan BN bagi manfaat kaum itu sendiri.

“Harapan saya agar anda semua tidak lagi melakukan kesilapan pada lima tahun lalu yang membuatkan kawasan Lanang mengalami kerugian.

“Jangan dengar atau mengambil peduli akan apa yang berlaku di Semenanjun­g Malaysia. Pedulikan hak kita di Sarawak dan fikirkan untuk negeri kita sendiri.

“Kelvin adalah orangnya yang patut anda pilih pada PRU14 ini,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri kira-kira 1,500 hadirin yang kebanyakan­nya penduduk Taman Grand Heights sendiri yang didiami majoriti masyarakat Cina di kawasan Parlimen Lanang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia