Utusan Borneo (Sarawak)

Berilah peluang kepada Andrew berkhidmat kepada rakyat Sibu

-

SIBU: Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n Dato Sri Wong Soon Koh menyeru rakyat Sibu memberi peluang kepada calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sibu Datuk Andrew Wong memenangi dan merampas kembali kerusi itu daripada pembangkan­g.

Menurutnya, peluang ini penting bagi memberi kekuatan kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersuara menuntut hak-hak Sarawak di peringkat persekutua­n.

“Beri peluang bukan kerana Andrew adalah anak saya. Beri peluang kerana Andrew berani menyahut cabaran berkhidmat demi masyarakat.

“Saya harap rakyat Sibu memberi peluang menentukan masa depan Sarawak terutama kepentinga­n rakyat.

“Kita memerlukan barisan pemimpin muda demi masa depan generasi muda,” katanya pada Majlis Makan Tengah Hari anjuran kumpulan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hua Sibu di sini semalam.

Menteri Kewangan Kedua itu berharap rakyat Sibu tidak mudah tergugat dengan dakyah pembangkan­g mendakwa undi Andrew sama dengan memberi undi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“PRU14 ini pilihan raya penting kepada rakyat Sarawak. Ini peluang terbaik kita kepada kepimpinan ketua menteri memberi sokon- gan kepadanya agar suara kita lebih kuat mengembali­kan hak Sarawak di peringkat persekutua­n,” ujarnya.

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan itu mengingatk­an pengundi menunaikan tanggungja­wab mereka pada hari pengundian 9 Mei ini.

“Saya berharap pengundi dapat membuat pilihan bijak dengan terus memberi sokongan padu kepada kepimpinan BN menjamin kesinambun­gan pembanguna­n,” katanya.

Kerusi Parlimen Sibu menjadi ‘kerusi panas’ apabila calon BN Andrew Wong, 42, dicabar pada pertanding­an empat penjuru.

Andrew ditentang calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) Oscar Ling, 41, bekas penyandang kerusi Parlimen Sibu, Jamie Tiew daripada Sarawak Peace Party (SPP) dan Simon Tiong mewakili Parti Reformasi Sarawak (STAR).

Pada PRU13, Parlimen Sibu menyaksika­n pertarunga­n tiga penjuru antara calon BN diwakili Temenggung Datuk Vincent Lau, Oscar Ling ( DAP) dan Narawi Haron (Bebas).

Oscar memenangi kerusi itu dengan memperoleh­i 26,808 undi sementara Vincent Lau mendapat 23,967 undi dan Narawi 203 undi.

Parlimen Sibu yang terdiri daripada kerusi DUN Bawang Assan, Nangka dan Pelawan mempunyai 74,149 pengundi berdaftar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia