Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Annuar mahu pengundi Bumiputera jamin kemenangan BN

-

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee akan berusaha memastikan 75 peratus pengundi Bumiputera di kawasan Nangka akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Menurut Dr Annuar, pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) lepas, 67 peratus pengundi termasuk pengundi Cina di DUN Nangka keluar mengundi.

“Namun pada PRU ini, kita menyasarka­n 75 peratus pengundi Bumiputera akan keluar mengundi.

“Ini bagi membolehka­n kita menyumbang kepada kemenangan Barisan Na- sional (BN) di Parlimen P.212 Sibu ini.

“Kita rasa kita akan dapat mencapai sasaran ini,” ujarnya ketika ditemui pemberita semasa Program Bersama Pemimpin di Simpang Tiga, semalam. Program telah dihadiri calon BN Parlimen Sibu Datuk Andrew Wong Kee Yew.

Dr Annuar yang juga Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi menyasarka­n 12,000 undi kepada BN dari DUN Nangka pada PRU ini, dengan 10,000 undi disumbangk­an pengundi Bumiputera.

Pada PRN yang lepas, Dr Annuar menang dengan majoriti 7,617 undi selepas berjaya memperoleh 9,617 undi.

DUN Nangka salah satu kerusi dalam Parlimen Sibu, selain DUN Bawang Assan dan Pelawan.

Untuk mencapai sasaran itu katanya, setiap ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) diarah mengenal pasti pengundi di kawasan masing-masing dan memastikan mereka semua keluar mengundi pada 9 Mei ini.

“Kita tahu kawasan Nangka ini merupakan kubu kuat BN, namun kita tidak boleh terlalu yakin,” jelas beliau.

Ditanya mengenai strategi Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang membawa Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng ke Sibu untuk berkempen, Dr Annuar berkata, strategi itu menunjukka­n DAP Sarawak tidak mempunyai pemimpin berkeboleh­an.

“Saya rasa mereka hanya mahu mendapatka­n perhatian pengundi. Ini juga menunjukka­n mereka tidak mempunyai pemimpin yang berkeboleh­an.

“Mereka memerlukan pemimpin luar untuk meyakinkan pengundi di Sarawak. Ini amat menyedihka­n kerana kita harus menentukan arah tuju kita sendiri.

“Namun mereka tidak dapat meyakinkan penduduk Sarawak sehingga terpaksa menggunaka­n pemimpin dari luar untuk meyakinkan pengundi,” jelasnya.

 ??  ?? RAMAH MESRA: Dr Annuar (kanan) bersalaman dengan peserta program. Turut kelihatan Andrew Wong (dua kanan).
RAMAH MESRA: Dr Annuar (kanan) bersalaman dengan peserta program. Turut kelihatan Andrew Wong (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia