Utusan Borneo (Sarawak)

BDA mahu menjadikan Bintulu terbersih di Sarawak

Pelbagai pihak diseru bantu banteras kutu sampah, rakam gambar individu buang sampah merata-rata

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

TATAU: Pelbagai pihak diseru membantu Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) membantera­s kutu sampah dengan merakam gambar individu yang membuang sampah merata-rata terutama mereka yang membuang sampah dari kenderaan di atas jalan raya dan seterusnya gambar tersebut dihantar kepada pihak BDA melalui laman sosial Facebook.

Pengurus Besar BDA Rodziah Morshidi berkata, pihak yang ada melihat individu membuang sampah dari kenderaan di atas jalan, rakamkan perbuatan

mereka dan hantar gambar mereka ke Facebookny­a atau BDA.

Katanya, usaha itu bukan sahaja untuk membantera­s kutu sampah bahkan untuk mendidik masyarakat agar menjaga kebersihan memandangk­an BDA berusaha menjadikan Bintulu sebagai bahagian terbersih di Sarawak.

“Sebelum membuang merata-rata botol air mineral atau polistiren­a, fikirkan dahulu memandangk­an botol yang anda buang tidak akan lupus meskipun memakan masa 900 tahun,” ujarnya pada Program ‘Anti Litter Walk’ atau Anti Kutu Sampah Peringkat Daerah Tatau di Tatau semalam.

Hadir sama dalam program itu Pegawai Daerah Tatau Barayan Lenya serta masyarakat setempat.

Justeru beliau memuji pentadbira­n daerah Tatau, masyarakat serta sekolahsek­olah di Tatau yang menyahut seruan pihaknya dalam program yang dianjurkan sekali gus berharap program itu membawa kesan berpanjang­an kepada penduduk di daerah itu dalam usaha BDA menjadikan bahagian Bintulu sebagai bandar terbersih di Sarawak.

“Kebersihan bermula di rumah, kalau perangai membuang sampah merata-rata dilakukan di sekolah dan khalayak ramai, kotor di bandar dan kampung maka sebegitula­h juga keadaan seseorang itu di rumah memandangk­an kebersihan bermula dari dalam diri kita dan di rumah,” jelasnya.

Rodziah berkata, kempen itu diperluask­an ke daerah Tatau bertujuan mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat dan peniaga bahawa perbuatan membuang sampah merata–rata di tempat awam adalah satu kesalahan sejajar dengan usaha men-

Sebelum membuang merata-rata botol air mineral atau polistiren­a, fikirkan dahulu memandangk­an botol yang anda buang tidak akan lupus meskipun memakan masa 900 tahun. Rodziah Morshidi Pengurus Besar BDA

jadikan Bintulu bandar bebas sampah serta visinya menjadikan Bintulu Bandar Raya Perindustr­ian Mesra 2025.

“Saya berterima kasih atas sokongan dan kerjasama penduduk di daerah Tatau khususnya ketua-ketua jabatan, ketua-ketua masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tatau, Sekolah Kebangsaan (SK) Tatau dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ( SJKC) Chung Hua Tatau yang mahukan daerah mereka bebas sampah sekali gus kesedaran ini wajar dicontohi tempat-tempat lain di Bintulu.

“Saya turut menyeru semua penduduk setempat bersamasam­a membantu menjaga kebersihan kawasan sekitar daerah Tatau terutama sungai dan parit agar Tatau menjadi sebuah daerah yang bebas sampah,” katanya sambil menambah, program itu telah dilancarka­n sejak 6 Januari tahun ini sempena Ulang Tahun Ke-40 BDA.

 ??  ?? HIJAUKAN BUMI: Rodziah, Barayan (tengah) serta yang lain menyempurn­akan penanaman pokok simbolik perasmian Program ‘Anti Litter Walk’ Peringkat Daerah Tatau.
HIJAUKAN BUMI: Rodziah, Barayan (tengah) serta yang lain menyempurn­akan penanaman pokok simbolik perasmian Program ‘Anti Litter Walk’ Peringkat Daerah Tatau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia