Utusan Borneo (Sarawak)

Diadakan sejak awal tahun, mengumpul input untuk Bajet 2019

-

IPOH: Program Kementeria­n Kewangan Malaysia # MOF Bersama Rakyat adalah program yang bertujuan untuk meringanka­n kehidupan rakyat bukan sebagai sebahagian daripada agenda Pilihan Raya Umum Ke-14.

Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata program yang dijalankan di seluruh negara sejak awal tahun itu adalah untuk memastikan agensi kerajaan telah memberikan perkhidmat­an yang terbaik kepada rakyat.

Beliau berkata antara lain, program itu adalah cara untuk pihaknya mengumpul input daripada rakyat sebagai persediaan Bajet 2019 yang akan dibentangk­an di Parlimen pada Oktober nanti.

”Program ini adalah sebagai cara untuk kita berinterak­si dengan orang kampung untuk tahu permasalah­an mereka sebagai rangka untuk bajet akan datang.

“Sebab itu juga kita turun padang berbincang dan berinterak­si dengan rakyat supaya kita boleh mengetahui isi hati mereka,” katanya.

Mohd Irwan Serigar berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program #MOF Bersama Rakyat di Kampung Tengku Hussein, di Manjoi, di sini semalam.

Turut hadir ialah calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Tambun yang juga Pengerusi Yayasan Pembanguna­n Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri, Datuk Seri Sabin Samitah.

Beliau berkata kehadiran pihaknya adalah untuk menerangka­n kepada rakyat berhubung pertumbuha­n dan keadaan ekonomi terkini negara.

“Malaysia berada di kedudukan ekonomi yang kukuh, dengan Bank Negara Malaysia meningkatk­an ramalan pertumbuha­n ekonomi untuk negara tahun ini antara 5.5 hingga 6 peratus.

“Tohmahan mengatakan ekonomi tidak kukuh adalah fakta yang salah sebenarnya dan hanya untuk mengabui mata rakyat contohnya berhubung GST (Cukai Barang dan Perkhidmat­an).

“Di Perak saya lihat banyak poster (pembangkan­g) tulis hapuskan GST, saya nyatakan di sini, 64 negara telah melaksanak­an GST dan terkini Arab Saudi juga sedang mendapatka­n khidmat pakar kita untuk melancarka­n GST di negara mereka,” katanya.

Program tanggungja­wab sosial korporat #MOF ini telah berlangsun­g di Sabah, Sarawak, Kedah, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Perak. — Bernama

Program ini adalah sebagai cara untuk kita berinterak­si dengan orang kampung untuk tahu permasalah­an mereka sebagai datang. ” rangka untuk bajet akan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah Ketua Setiausaha Perbendaha­raan

 ??  ?? BERBALOI: Para pengunjung berduyun-duyun membeli peralatan komputer mereka sempena jualan pembukaan rasmi PC Image yang berlangsun­g sehingga 8 Mei.
BERBALOI: Para pengunjung berduyun-duyun membeli peralatan komputer mereka sempena jualan pembukaan rasmi PC Image yang berlangsun­g sehingga 8 Mei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia