Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan tanggung beban jika hutang PTPTN dihapuskan

-

LENGGONG: Hasrat Pakatan Harapan dan PAS untuk menghapusk­an hutang Perbadanan Tinggi Pendidikan Nasional (PTPTN) sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) bukanlah langkah yang realistik.

Pengerusi PTPTN Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata jika hasrat pembangkan­g itu direalisas­ikan, ia akan meningkatk­an jumlah hutang negara kerana pinjaman sebanyak RM52.86 bilion yang diberikan kepada 2.84 juta peminjam tetap perlu dibayar oleh perbadanan itu kepada institusi kewangan.

“Dalam situasi ini, perbelanja­an lain mungkin terpaksa dipotong misalnya bajet pembanguna­n, kebajikan, kesihatan atau lain lain bagi tujuan berkenaan... ia pastinya memberi kesan kepada rakyat,” katanya dalam sidang media selepas berkempen di Lawin dekat sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas manifesto Pakatan Harapan dan PAS yang mahu menghapusk­an pinjaman PTPTN jika menang PRU14 pada 9 Mei ini.

Sementara itu, Shamsul Anuar yang mempertaha­nkan kerusi Lenggong, berkata beliau akan meneruskan program pembanguna­n jika terus diberi mandat oleh pengundi kawasan itu.

Sementara itu, beberapa pengundi yang ditemui di sini menyuaraka­n sokongan kepada BN yang dilihat mampu memberikan pembanguna­n dan keselesaan kepada rakyat.

Pesara sektor awam Musa Isa, 72, berkata ini berbeza dengan pembangkan­g yang terbukti kucar-kacir dalam kepemimpin­an mereka.

“Kerajaan BN banyak melaksanak­an pembanguna­n dan ia terbukti sebuah kerajaan yang mengutamak­an kepentinga­n rakyat,” katanya.

Peniaga kedai makan Zulkurnain Abdul Hamid, 55, pula berharap pengundi tidak membuat kesilapan dalam PRU14 demi masa depan generasi akan datang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia