Utusan Borneo (Sarawak)

Kos sara hidup peladang, nelayan ringan hasil bantuan kerajaan

-

GEORGE TOWN: Abdul Manaf Abdul Mutalib, 45, mengusahak­an sebuah kedai kopi di Balik Pulau, dan pada masa sama beliau bersama dua rakannya turut mengusahak­an ladang nanas bagi meningkatk­an pendapatan­nya.

Ladang yang ditanam dengan nanas premium MD2 itu dijayakan dengan bantuan kerajaan persekutua­n yang sentiasa memberi keutamaan dalam membantu rakyat mempelbaga­ikan pendapatan, sekali gus meringanka­n beban kos sara hidup.

Abdul Manaf mengusahak­an ladang itu bersama Mohd Radzi Embee, 62, dan Wan Hassan Yakop, 64, yang merupakan pesara.

Beliau berkata mereka mendapat pelbagai bantuan daripada kerajaan persekutua­n antaranya benih nanas, baja dan mesin-mesin serta khidmat nasihat daripada pegawai pertanian untuk menjayakan projek itu.

“Kami sangat terhutang budi dengan kerajaan kerana telah menyediaka­n pelbagai bantuan untuk kami menjayakan ladang nanas ini,” katanya kepada Bernama.

Abdul Manaf berkata secara tidak langsung bantuan kerajaan persekutua­n itu dapat meringanka­n kos sara hidup beliau dan dua rakannya itu.

“Bantuan itu juga membuka peluang kepada lebih ramai penduduk seperti kami menceburi bidang tanaman buah-buahan bagi menjana pendapatan untuk menampung peningkata­n kos sara hidup yang tidak dapat dielakkan,” katanya.

Mengikut Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi bantuan golongan petani, pesawah dan nelayan, BN berjanji untuk meningkatk­an skim bantuan tani dan bantuan musim tengkujuh serta memperuntu­kkan RM222 juta kepada peneroka-peneroka FELCRA, KESEDAR dan KETENGAH.

Sementara itu, seorang nelayan Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau, Noor Ain Isa, 40, berkata pendapatan­nya setiap bulan hanya ‘cukup-cukup makan’ iaitu lebih kurang RM1,300.

Beliau yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berkata hasil tangkapan amat bergantung kepada faktor cuaca dan juga musim kerana jumlah tangkapan setiap hari tidak sama.

“Saya mempunyai isteri dan enam orang anak… dengan BR1M daripada kerajaan, baru saya mampu menikmati kehidupan dengan lebih selesa,” kata Noor Ain yang masih perlu menampung lima anak yang masih bersekolah.

Menurutnya, setiap bulan perbelanja­an keluargany­a agak tinggi dengan RM350 diperlukan untuk bayaran sewa rumah dan RM500 untuk membeli barang-barang dapur bagi seisi keluarga. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia