Utusan Borneo (Sarawak)

Artikel fitnah diterbit dalam portal berita adalah serangan peribadi

-

KUALA LUMPUR: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Developmen­t Bhd ( 1MDB) Arul Kanda Kandasamy akan mendapatka­n nasihat undang-undang daripada peguamnya tentang cara terbaik untuk membersihk­an namanya berhubung satu artikel fitnah diterbitka­n dalam satu portal berita.

Beliau berkata peguamnya sedang meneliti artikel itu dan penulisnya.

“Sila ambil perhatian, sekiranya tindakan lanjut diambil terhadap perkara ini, ia dibuat atas kapasiti peribadi saya dan tidak melibatkan 1MDB atau kerajaan Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Dalam artikel bertajuk ‘ Arul Kanda and the lies of 1MDB’, diterbitka­n dalam Malaysiaki­ni pada 4 Mei, P Gunasegara­m mendakwa bahawa penca- paian Arul Kanda dalam 1MDB merupakan dakwaan tidak masuk akal.

Arul Kanda berkata sebagai seorang rakyat Malaysia yang patriotik, adalah menjadi tugas dan tanggungja­wabnya untuk menerima kerja yang semua orang tidak mahu itu, dan untuk menyelesai­kan masalah dalam 1MDB.

Dalam tempoh 36 bulan sejak mengambil alih tugas itu beliau telah berusaha keras, untuk memperbaik­i dan memulihkan syarikat itu ke landasan yang kukuh kerana masalah telah terkumpul selama lima tahun dan terdapat banyak isu yang perlu diselesaik­an, katanya.

“Untuk beliau ( penulis) mempersoal­kan kerja keras saya dengan cara memfitnah sebegitu, bukan sahaja amat menyedihka­n saya, tetapi apa yang lebih teruk ialah beliau melakukan serangan peribadi, melemparka­n tuduhan tanpa bukti, membuat tohmahan dan kenyataan serta penegasan yang salah.

“Saya telah melakukan pengorbana­n secara peribadi tetapi ia amat berbaloi - syarikat itu kini stabil, hutang berjaya dikurangka­n daripada RM50 bilion kepada RM31 bilion, dan semua rakyat Malaysia dapat melihat kejayaan projek TRX, dengan pelabur antarabang­sa seperti HSBC dan Prudential segera mahu menubuhkan ibu pejabat mereka. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang patriotik dan bertanggun­gjawab, saya bangga dengan semua ini,” katanya.

Arul Kanda berkata sebagai seorang tokoh dikenali ramai, beliau sentiasa terbuka kepada kritikan membina.

“Saya juga menghargai bahawa sentiasa ada ruang untuk penambahba­ikan. Bagaimanap­un, tidak perlu melakukan serangan peribadi dan kenyataan berbaur fitnah untuk menyampaik­an pendapat anda,” katanya. — Bernama

Sila ambil perhatian, sekiranya tindakan lanjut diambil terhadap perkara ini, ia dibuat atas kapasiti peribadi saya dan tidak melibatkan 1MDB atau kerajaan Malaysia. Arul Kanda Kandasamy Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB

 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL RAMPASAN: Mazlan (tiga, kiri) menunjukka­n bungkusan dadah jenis Methamphet­amine pada sidang media berhubung Pengedaran Dadah Jenis Methamphet­amine oleh Sindiket Ah Tee Jinjang yang berjaya ditumpaska­n sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan...
— Gambar Bernama HASIL RAMPASAN: Mazlan (tiga, kiri) menunjukka­n bungkusan dadah jenis Methamphet­amine pada sidang media berhubung Pengedaran Dadah Jenis Methamphet­amine oleh Sindiket Ah Tee Jinjang yang berjaya ditumpaska­n sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan...
 ?? — Gambar Bernama ?? TIJAUAN MESRA: Mazlan (depan) menyerahka­n beg risalah kepada pengunjung pada Majlis Tinjauan Mesra Pencegahan Jenayah di Pusat Membeli-Belah MyTown semalam.
— Gambar Bernama TIJAUAN MESRA: Mazlan (depan) menyerahka­n beg risalah kepada pengunjung pada Majlis Tinjauan Mesra Pencegahan Jenayah di Pusat Membeli-Belah MyTown semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia