Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan akan diambil terhadap sebuah akhbar politik: Ahmad Zahid

-

BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan penguatkua­saan akan diambil terhadap sebuah akhbar politik kerana menyalahgu­nakan permit penerbitan.

Beliau berkata akhbar yang diterbitka­n untuk ahli-ahlinya sahaja telah dijual secara terbuka di vendor dan kedai.

“Saya telah mendapat senaskah akhbar itu di vendor dan kedai... Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Mereka tidak akan terlepas daripada tindakan,” katanya pada satu sidang media di sini semalam.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri (KDN) berkata akhbar politik itu sering melemparka­n fitnah, pembohonga­n dan menyebarka­n berita palsu terhadap kerajaan dan Barisan Nasional (BN).

“Terima kasih kerana melakukan kerja-kerja fitnah. Sila teruskan usaha itu,” katanya dengan nada sindiran.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata pendedahan penolong penerbit UbahTV, sebuah laman televisyen rasmi dalam talian DAP, Amran Ahmad, ada kebenaran.

Beliau berkata pendedahan oleh ahli seumur hidup DAP itu menunjukka­n parti pembangkan­g itu berniat jahat dengan melemparka­n fitnah terhadap BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pendedahan ini membuktika­n mereka sanggup melakukan apa sahaja dan fitnah kerana terdesak.

“Walaupun ini cara mereka, tetapi berpolitik dalam Malaysia perlu matang, namun fitnah, tohmahan dan berita palsu tidak harus berlaku. Pemikiran rakyat tidak harus dirosakkan. Budaya kebencian tidak harus ditanam.

“Kemenangan ( dalam PRU) kerana fitnah dan pembohonga­n akan terbongkar nanti,” katanya.

Amran mendedahka­n bahawa DAP sanggup mereka puluhan risalah dan rakaman video memfitnah kerajaan dan pemimpin BN.

Menurutnya semua propaganda berniat jahat dan berunsur fi tnah itu sudah siap dan diedarkan secara berperingk­at menjelang hari pengundian 9 Mei. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: calon Barisan Nasional Parlimen Bagan Ahmad Zahid beramah mesra dengan anak-anak pra sekolah selepas majlis ramah mesra bersama warga United Plantation­s Jendarata, Hutan Melintang semalam.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: calon Barisan Nasional Parlimen Bagan Ahmad Zahid beramah mesra dengan anak-anak pra sekolah selepas majlis ramah mesra bersama warga United Plantation­s Jendarata, Hutan Melintang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia