Utusan Borneo (Sarawak)

Empat penyokong parti politik direman empat hari di Segamat

-

SEGAMAT: Empat penyokong sebuah parti politik direman selama empat hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung kejadian jenayah semasa tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu, yang melibatkan ugutan dan isyarat lucah kepada penyokong parti lawan, malam kelmarin.

“Kita menahan reman mereka selama empat hari bermula hari ini (semalam) bagi menyiasat kes itu di bawah Sekysen 507 Kanun Keseksaan atas tuduhan membuat ugutan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas tuduhan menunjuk isyarat lucah,” katanya kepada pemberita di sini semasa mengulas mengenai penahanan empat penyokong parti itu kelmarin.

Mohd Khalil ditemui se- lepas program merasmikan program Kepolisan Berprofil Tinggi bersama Komuniti Daerah Segamat di Segamat Sentral semalam, yang dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Wan Ahmad Najmuddin mewakili Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ke majlis itu.

Mohd Khalil berkata sejak hari penamaan calon PRU14 sehingga semalam, Polis Johor menerima 94 laporan dan hanya 30 kes sahaja yang dikenal pasti mempunyai usur jenayah namun ia tidak menjejaska­n ketenteram­an awam.

Sehubungan itu, beliau menasihati penyokong dan pengundi supaya mengawal perasaan mereka dan keluar mengundi dalam keadaan yang baik.

Sementara itu, Wan Ahmad Najmuddin mengingatk­an penyokong semua parti supaya menghormat­i undangunda­ng. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia