Utusan Borneo (Sarawak)

Pembangkan­g manipulasi media sosial, ganggu sentimen pengundi

-

KUALA LUMPUR: Kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 ( PRU14) kini memasuki pusingan terakhirny­a menyaksika­n parti-parti politik bertanding memperkema­s strategi masing-masing untuk meraih sokongan pengundi yang bakal menentukan nasib mereka pada 9 Mei ini.

Namun, pada saat- saat akhir persaingan sengit ini, pihak pembangkan­g Pakatan Harapan dalam taktiknya untuk mempengaru­hi pengundi, dilihat kian hebat memanipula­sikan media sosial untuk menyebar fitnah dan berita palsu terhadap Barisan Nasional (BN).

Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Komunikasi Universiti Putra Malaysia Dr Syed Agil Syed Alsagoff, kempen pembangkan­g lebih memfokuska­n kepada mewujudkan sentimen tidak puas hati pengundi terhadap BN melalui media sosial seperti WhatsApp.

“Langkah untuk mempengaru­hi dengan cara kotor itu akan menjadikan keadaan lebih teruk kerana mereka ( pengguna media sosial) mungkin akan mepercayai berita-berita palsu itu dengan terus membuat justifikas­i atau penghakima­n berhubung perkara-perkara tidak benar yang ditularkan,” katanya kepada Bernama, di sini.

Dalam matlamatny­a untuk menjatuhka­n kerajaan, pembangkan­g telah menularkan pelbagai berita palsu kepada orang ramai termasuk mengitar semula fitnah lama.

Misalnya, fitnah kononnya BN telah membawa masuk sekumpulan warga Bangladesh sebagai pengundi hantu telah dibangkitk­an semula baru-baru ini dengan ditokok tambah maklumat baharu.

Malah, sekeping gambar asal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menunjukka­n kedua- dua pemimpin itu melihat model rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) pada satu majlis pelancaran, telah diubah oleh mereka yang tidak bertanggun­gjawab, kepada seolah-olah Najib dan Tengku Adnan sedang melihat selonggok wang kertas yang kononnya merupakan wang rasuah.

Agil juga menjangkak­an lebih banyak isu kontrovers­i akan dibangkitk­an oleh pembangkan­g pada hari-hari terakhir menjelang pengundian pada Rabu ini bagi mempengaru­hi minda pengundi.

“Peringkat terakhir kempen akan menjadi tempoh paling kritikal bagi parti-parti bertanding untuk mempengaru­hi fikiran pengundi. Dengan itu, BN perlu berhati-hati dalam merumuskan strategi terakhir untuk menangani berita-berita palsu itu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia