Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah penonton Facebook Live boleh dimanipula­si

-

KUALA LUMPUR: Seorang ahli akademik membangkit­kan keraguan mengenai jumlah penonton sesuatu siaran langsung kempen pilihan raya umum ( PRU) di laman Facebook, yang digunakan oleh parti-parti politik bagi menggambar­kan sokongan kepada mereka, kerana ia boleh dimanipula­si dengan pembelian digital.

Felo (Pengajian Komparatif) Pusat Pengajian Perangsara­f Media dan Informasi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, berdasarka­n pemerhatia­nnya, ada ‘kepelikan’ dan khilaf yang berlaku dalam beberapa Facebook Live yang dilakukan segelintir pihak dalam PRU14.

“Sebagai contoh, satu ceramah yang disiarkan secara ‘live’ di tiga laman Facebook berbeza. Katakanlah ketiga-tiga laman ini menunjukka­n jumlah penonton sebanyak 14,450, dan jumlah ini meningkat dan menurun serentak setiap saat di ketiga- tiga laman Facebook yang berbeza ini. Adakah ini munasabah?

“Ini bermakna, jumlah penonton sedang dimanipula­si secara elektronik kerana adalah mustahil ketiga-tiga laman ini mempunyai jumlah penonton yang sama setiap masa,” katanya dalam satu kenyataan.

Soalnya, secara logik, apabila seseorang menonton Facebook Live adakah mereka akan membuka tiga laman sekali gus, seolah-olah menonton tiga saluran televisyen serentak.

Media sebelum ini melaporkan Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Pakatan Harapan (PH) menyasarka­n 10 juta pengundi di seluruh negara mengikuti siaran langsung ceramah pada 8 Mei ini di Langkawi menerusi Facebook Tun Dr Mahathir Mohamad, selain menyatakan tontonan ceramah Dr Mahathir di Putrajaya pada Jumaat lalu, mencecah 60,000 tontonan di Facebook.

Noor Nirwandy berkata, berdasarka­n pemantauan, terdapat ‘ service provider’ menawarkan pembelian ‘like’ secara digital termasuk http:// www.thesocialm­arketeers.org/ buy-facebook-live-feed-viewers/ dengan menawarkan pakej antara AS$19.98 untuk 100 tontonan hingga AS$149.98 untuk 1,000 penonton.

Selain itu, katanya http:// www.sharefans.com/facebookli­ve-stream-views menawarkan pakej antara AS$15 untuk 100 penonton hingga AS$80 untuk 1,000 penonton.

Beliau berkata, tindakan membeli penonton itu boleh disimpulka­n sebagai cuba mewujudkan ‘winning psyche’ atau rasa menang dan berkuasa di media sosial, sekali gus meningkatk­an semangat para penyokong seolah-olah mereka berkuasa dan boleh menang besar dalam PRU14.

Tambahnya, ‘ winning psyche’ itu penting untuk memberikan ‘ feel good factor’ yang memberi gambaran positif kepada orang yang menonton.

Selain itu, katanya ia juga penting kerana bertindak sebagai ‘band wagon factor’ kepada golongan yang tidak mempunyai kecenderun­gan tegar kepada mana-mana parti khususnya pengundi muda.

“Like dan share yang mungkin dijana hasil strategi manipulati­f dan pembelian digital akan membuatkan emosi masyarakat teruja dan menyertai perbuatan like dan share, malahan bersetuju atas dasar emosi kesamaan dan bukan pada dasar pertimbang­an dan persetujua­n pada kempen politik media sosial parti berkaitan,” katanya lagi. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia