Utusan Borneo (Sarawak)

Lihat kejayaan program PERMATA sebelum pertikaika­nnya: Rosmah

-

sama melakukan perpecahan. Kami tidak mahu timbul polemik yang menyebabka­n keresahan di dalam masyarakat,” katanya.

Ahmad Dusuki berkata pihaknya tidak mahu legasi Allahyarha­m mempertaha­nkan bumi Kelantan yang dibangunka­n oleh bekas menteri besar Kelantan itu selama ini dikhianati.

“Apa yang kami minta adalah supaya keluarga ini tidak dirosakkan dan menjadi contoh yang baik. Tok guru sudah tanamkan asas Islam yang baik dan bila sudah diasaskan dengan baik tiba-tiba ada pihak yang cuba membawa unsur yang tidak baik...kita tidak mahu perkara ini berlaku,” katanya.

Dr Mahathir kini berada di Kelantan dalam program bersama rakyat termasuk di Parlimen Ketereh dan Kota Bharu.

Sempena lawatan tersebut beliau merancang untuk menziarahi kubur Nik Abdul Aziz namun tidak kesampaian. — Bernama PEKAN: Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor selaku penaung program Permata Negara (PERMATA) meminta pembangkan­g yang mempertika­ikan inisiatif murni kerajaan itu untuk datang dan melihat sendiri hasil program itu.

Beliau berkata pembangkan­g selama ini hanya tahu melemparka­n tohmahan tanpa sebarang usul periksa mengenai program tersebut terutama semasa sesi persidanga­n Parlimen.

“Mereka kata PERMATA membuang duit tetapi tengoklah hasilnya. Kita ada anak-anak yang tahap intelektua­l mereka tinggi contohnya dalam bidang alQuran dan Sunnah melalui Permata Insan.

“Oleh kerana saya sayangkan masa depan anakanak kita, saya kumpulkan pakar-pakar dalam bidang kanak-kanak supaya dapat bekerjasam­a dengan saya dan adakan program PERMATA ini supaya apabila dewasa nanti mereka akan menjadi insan yang berguna dan berjasa kepada negara,” katanya pada Program ‘Permata On Wheels Pekan’ di Dataran RTC Pekan, Kuala Pahang, di sini semalam.

Oleh itu, Rosmah berharap supaya masyarakat tidak sesekali terpengaru­h dengan tohmahan pembangkan­g tentang PERMATA.

Beliau juga menyeru masyarakat supaya terus menyokong Barisan Nasional (BN) supaya lebih banyak lagi pusat pendidikan awal kanakkanak termasuk pusat PERMATA dapat diwujudkan.

Dalam itu, Rosmah berkata sebuah pusat pendidikan awal kanak-kanak di bawah PERMATA akan diwujudkan di Kuala Pahang, di sini, sekiranya BN sekali lagi diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Rabu ini.

‘ Program Permata On Wheels Pekan’ yang diadakan semalam bertujuan memberi pendedahan kepada kanakkanak luar bandar mengikuti sesi pembelajar­an dan aktiviti kokurikulu­m mengikut modul PERMATA.

Program cetusan idea Rosmah itu turut memberi pendedahan dan kesedaran kepada ibu bapa mengenai kepentinga­n pendidikan awal kanak-kanak di bawah umur empat tahun.

Selain PERMATA, agensi pelaksana yang terlibat dalam program tersebut termasuk Kementeria­n Pendidikan, Kementeria­n Kesihatan, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH: Rosmah bergambar bersama peserta pada Program ‘Woman Walk The World’ di Dewan Perkumpula­n Wanita ( WI) di Peramu Pekan, semalam.
— Gambar Bernama RAMAH: Rosmah bergambar bersama peserta pada Program ‘Woman Walk The World’ di Dewan Perkumpula­n Wanita ( WI) di Peramu Pekan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia